Seramai 7,099 Calon SPM 2025 Direkodkan Tidak Hadir Langsung Bagi Semua Subjek – “Merisaukan”

Difahamkan, masalah keluarga, bekerja dan berpindah negara antara faktor ketidakhadiran.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Remaja & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Analisis daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan ketidakhadiran seramai 7,099

Dilaporan oleh Berita Harian, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, mengatakan angka ini membabitkan 1.79% daripada 395,740 calon baharu yang berdaftar dalam sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dalam peperiksaan 2025.

Jumlah itu menurun berbanding 8,108 tahun 2024 sekaligus menunjukkan perkembangan positif.

Masalah keluarga, bekerja dan berpindah antara faktor tidak hadir

Menurut beliau, terdapat beberapa faktor yang menjadikan seseorang murid itu tidak dapat hadir menduduki SPM.

"Pelbagai faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran murid daripada menduduki peperiksaan antaranya bekerja, berpindah ke luar negara, terbabit dalam kemalangan serta masalah keluarga," katanya.

Walaupun begitu, tidak semua calon-calon ini tidak menghadiri SPM tanpa sebab.

"Ada juga antara calon mempunyai masalah kesihatan, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa,"
tambah beliau lagi.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Mohd Azam juga berkata, jarak masa yang panjang bermula tempoh pendaftaran peperiksaan pada awal tahun hingga peperiksaan sebenar pada November juga menjadi salah satu faktor ketidakhadiran calon.

Sehubungan dengan itu, KPM dengan kerjasama jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah juga melaksanakan program intervensi untuk memastikan calon hadir untuk meduduki peperiksaan.

KPM juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah yang diyakini bakal membantu dalam menyelesaikan masalah isu tidak hadir pelajar untuk menduduki SPM.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: