Sepanyol Ikut Jejak Itali Hantar Kapal Tentera Laut Iringi Global Sumud Flotilla Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan

Kapal tersebut akan berlepas dari Cartagena pada Khamis, lengkap dengan sumber dan peralatan untuk membantu flotilla.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepanyol mengumumkan akan menghantar sebuah kapal tentera laut bagi menyokong misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza

Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata kapal tersebut akan berlepas dari Cartagena pada Khamis, lengkap dengan sumber dan peralatan untuk membantu flotilla serta melaksanakan operasi menyelamat jika diperlukan, lapor Middleeastmonitor.

Madrid turut menyelaraskan tindakan itu bersama Rom selepas kerajaan Itali mengesahkan penghantaran frigat Fasan bagi membantu rakyat Itali di atas kapal dan mengendalikan sebarang operasi bantuan.

Teroka kerjasama lebih luas melibatkan negara lain seperti Ireland

Image via presstv.ir

Kementerian Pertahanan Sepanyol telah berhubung dengan rakan sejawatnya di Itali untuk meneroka kerjasama yang lebih luas, berpotensi melibatkan negara lain seperti Ireland. Pihak berkuasa menegaskan misi kapal Eropah ini bukan untuk mencetuskan konfrontasi dengan Israel, tetapi semata-mata bagi memberi bantuan kemanusiaan.

Flotilla yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal itu berlepas awal bulan ini dengan misi menghantar bekalan perubatan dan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza yang telah berlarutan selama 18 tahun, menjejaskan kehidupan 2.4 juta penduduk Palestin.

Organisasi penganjur sebelum ini melaporkan 12 letupan mengenai sembilan kapal di perairan antarabangsa selepas serangan berulang menggunakan dron.

Negara haram yang sebelum ini mengugut untuk menghalang misi berkenaan, masih belum memberikan sebarang kenyataan.

GSF terdiri daripada hampir 70 kapal dengan 1,000 sukarelawan

image via phmovement.org

GSF kini sedang merentasi Laut Mediterranean dengan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta seruan untuk keamanan, dan dijangka tiba di perairan Gaza pada penghujung bulan ini.

Hampir 70 kapal yang sarat dengan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia menyertai pelayaran bersejarah ini, dengan matlamat tunggal iaitu menamatkan sekatan yang telah lama menindas Gaza.

Turut bersama dalam misi bantuan tersebut adalah sukarelawan dari Malaysia yang berhimpun di bawah panji Sumud Nusantara. Pasukan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: