Sentiasa Periksa Tempat Duduk Belakang, Ini Pesanan Pakar Kesihatan Awam – “Jangan Lupa Anak!”
Sentiasa amalkan berhenti, lihat dan kunci!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa insiden tragis telah berlaku apabila anak-anak tertinggal di tempat duduk belakang kereta
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan ibu bapa terlupa akan anak yang berada di belakang seperti keletihan, perubahan rutin dan gangguan fokus.
Menurut laporan dari Harian Metro, Pakar kesihatan awam, Dr S Daarshini mengatakan kes membabitkan anak-anak tertinggal dalam kereta sehingga maut berlaku kerana tidak disengajakan tetapi risikonya amat tinggi.
Dalam kereta, suhu boleh mencecah melebihi 40 hingga 50 darjah Celsius dalam masa singkat walaupun tingkap dibuka sedikit.
Membuka tingkap sedikit tidak membantu

"Ramai beranggapan membuka sedikit tingkap sudah memadai, namun hakikatnya ia tidak membantu menurunkan suhu dalam kabin," katanya.
Menurut beliau, kanak-kanak memanas tiga hingga lima kali lebih cepat berbanding orang dewasa.
"Badan kanak-kanak pula memanas tiga hingga lima kali lebih cepat berbanding orang dewasa, sekaligus meningkatkan risiko strok haba dengan pantas," tambah beliau.
Amalkan berhenti, lihat dan kunci
Ibu bapa perlu mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Amalkan konsep stop, look, lock iaitu berhenti, lihat dan kunci. Pastikan anda memeriksa tempat duduk belakang sebelum mengunci kenderaan.
"Selain itu, letakkan barangan penting seperti beg tangan atau dompet di bahagian belakang supaya anda perlu membuka pintu belakang sebelum keluar," ujar beliau.

Gambar sekadar hiasan.
Image via CozyBaby BlogKenderaan juga perlu sentiasa berkunci bagi mengelakkan kanak-kanak masuk tanpa disedari.
Orang awal juga perlu peka apabila melihat kanak-kanak ditinggalkan dalam kenderaan berkunci dengan segera perlu menghubungi talian kecemasan.
Semalam, Malaysia dijangka akan menghadapi panas melampau akibat gelombang haba. Ibu bapa perlu lebih berwaspada untuk memastikan anak-anak tidak ditinggalkan keseorangan di dalam kereta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 