Sentiasa Kelihatan Cantik Berseri & Awet Muda, Ini Rupanya ‘Rahsia’ Fazura!
No wonder lah Fazura makin cantik!
Cover image via @missfazura (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi tips kecantikan susulan ramai peminat yang bertanya kepadanya
Menerusi perkongsian di laman Threads, Fazura memberikan beberapa tips yang diamalkan olehnya untuk kekal awet muda dan berseri walaupun tidak pakai make up.

"Air putih – 2.5 litre sehari (cuba 🙏🏻😅)
Skincare – cari yang tak harsh, hydration and moisture is key. Exercise – keluar peluh itu penting, eliminate toxins dari badan.. kulit akan selalu glow.
Jaga pemakanan.. everyday MUST ada buah dan sayur.
Kurangkan pisang goreng etc (ni paling mencabar tapi cuba jgn makan selalu).
Jangan pernah cakap 'Dah makin tua' tapi always sebut 'semakin meningkat remaja'.
Jangan stress! Cuba tenang selalu, pandang cermin.. senyum sampai liver.. sayang diri!" kongsinya.

Bukan itu saja, Fazura juga mengambil beberapa supplement untuk mengekalkan kulit yang cantik
"But take these daily too. Habbatus Sauda (Faz suka brand Minsyam), Omega 3, CoQ10 100mg vitamin K2 + D3, folic acid, probiotic + prebiotic, magnesium and potassium, Biotin 5000mg, Advanced Antioxidant Formula by Solgar," katanya lagi.
Susulan tularnya perkongsian itu yang kini telah mendapat 2.8K repost dan 19.5K likes di Threads, ramai memuji Fazura yang tidak kedekut mendedahkan rahsia kecantikannya.
Ramai warganet turut berterima kasih kepada Fazura dan ingin cuba mengamalkan rutin sepertinya.



Lihat posting di bawah:
View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



