Semua Sekolah Di Terengganu Kini Diarah Tangguh Aktiviti Luar Susulan Cuaca Panas – JPNT
Difahamkan, aktiviti air juga dibatalkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua sekolah di Terengganu kini telah diarahkan untuk menangguh semua aktiviti luar, ia adalah susulah cuaca yang terlalu panas dan kering ketika ini
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kamsah@Kamal Mohamed memaklumkan perkara itu telah diedarkan kepada kesemua sekolah di negeri itu dan telah pun berkuat kuasa pada 20 April lepas.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianSemua program luar dibatalkan termasuk aktiviti air
Beliau menegaskan sekolah-sekolah di Terengganu untuk mengikut arahan ini kerana keselamatan murid-murid adalah keutamaan.
"Semua program luar dibatalkan termasuk aktiviti air namun aktiviti dalam bangunan dibenarkan. Jika terdapat sebarang aktiviti seperti program 1 Murid 1 Sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan serta permainan, semuanya ditangguhkan.
"Keputusan ini dibuat bagi meredakan situasi semasa dan menjaga keselamatan. Ini kerana keselamatan murid-murid adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi," kata beliau.
Perhimpunan pula hanya dibenarkan pada waktu awal pagi sahaja. Jika program lain pada waktu petang, ia perlu ditangguhkan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan Malaysia"Jadi bermula 20 April lalu, JPNT menguatkuasakan penangguhan semua aktiviti luar. Begitu juga perhimpunan dan sebagainya, hanya dibenarkan pada awal pagi. Sekiranya ada program lain pada waktu petang, ia perlu ditangguhkan," katanya.
Beliau juga telah memaklumkan JPNT mengenai kerisauan kejadian bebakaran dan jerebu khususnya di daerah Kuala Nerus.
"Saya telah menghubungi Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan nasihat berhubung situasi semasa.
"Poster berkaitan langkah pencegahan telah diterima dan kami segera edarkan kepada semua sekolah untuk tindakan lanjut.
"Namun buat masa ini belum ada keperluan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana Jabatan Alam Sekitar dan PKD memaklumkan keadaan masih terkawal," katanya.
Sekolah dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan situasi kebakaran dan kesan jerebu.
Di samping itu, sekolah perlu mengambil tindakan segera jika berlaku sebarang simptom seperti sesak nafas untuk dibawa terus ke hospital.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 