Semua Pempengaruh Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan, Tiada Lagi Alasan ‘Tak Tahu’
Pempengaruh boleh menerima bayaran melalui pelbagai kaedah seperti fi pengurusan, yuran bakat, yuran peserta, khidmat rundingan, dan lain-lain.
Cover image via Bernama & Gambar Janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berdasarkan Garis Panduan terbaharu yang diterbitkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), golongan pempengaruh media sosial atau digital kini diwajibkan untuk melaporkan keseluruhan pendapatan mereka bagi tujuan percukaian
Arahan ini tidak hanya tertumpu kepada bayaran tunai, malah merangkumi penerimaan barangan percuma serta hadiah yang diberikan oleh pihak peniaga untuk tujuan ulasan atau promosi produk.
Pihak LHDN menegaskan bahawa pengenalan garis panduan ini bertujuan melancarkan proses pematuhan cukai bagi orang awam dan kakitangan mereka, di mana Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri mempunyai kuasa mutlak di bawah Seksyen 134A Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemas kini peraturan tersebut mengikut keperluan.
Secara dasarnya, status pempengaruh digital diberikan kepada mana-mana individu yang berupaya mempengaruhi audiens di platform media sosial menerusi kredibiliti, pengetahuan, atau impak hubungan yang mereka miliki.

Gambar Janaan AI
Pendapatan tersebut merangkumi bayaran platform, lantikan duta, jualan barangan atau akaun, royalti watak, serta pelbagai hasil digital lain
Pempengaruh media sosial kini diiktiraf sebagai satu kerjaya kerana bukan sahaja berupaya mempengaruhi orang ramai, malah mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui pelbagai aktiviti di platform digital.
"Pempengaruh media sosial bukan saja individu yang boleh mempengaruhi orang lain dan mempunyai ramai pengikut, mereka juga mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui aktiviti sebagai pempengaruh di media sosial dan digital.
"Pempengaruh media sosial wajar diiktiraf sebagai satu kerjaya kerana ia mampu menjana pendapatan yang terbit dan diterima daripada platform media sosial atau daripada aktiviti pemasaran hasil daripada pengaruh mereka di media sosial.
"Aktiviti seorang pempengaruh termasuk menghasilkan kandungan audio, video atau penulisan, muncul dalam program atau acara media sosial, terbabit dalam promosi produk dan menerima bayaran, hadiah atau sebarang manfaat daripada mana-mana pihak disebabkan keterlibatan di media sosial," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaMenurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pempengaruh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pempengaruh individu dan pempengaruh berasaskan objek.
Pempengaruh individu merangkumi pelbagai latar belakang termasuk artis, ahli politik, atlet, profesional, pelajar dan suri rumah, manakala pempengaruh berasaskan objek melibatkan watak animasi, lakonan atau ciptaan yang mempunyai pengikut di media sosial.
Mengulas pendapatan pula, LHDN memaklumkan ia merangkumi bayaran daripada platform media sosial, duta produk, jualan barangan, jualan akaun atau ID pempengaruh serta royalti.
Bayaran boleh diterima dalam pelbagai bentuk termasuk tunai, barangan, baucar, perkhidmatan percuma atau hadiah digital yang mempunyai nilai wang.
"Bayaran ini boleh diterima dalam bentuk bayaran tunai, pemberian barangan, baucar diskaun, perkhidmatan percuma, tanda suka (emoji) dan hadiah (gift) atau penghargaan di media sosial yang mempunyai nilai wang.
"Daripada perbelanjaan yang dibenarkan pula, pempengaruh media sosial boleh menuntut perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan (ACP) termasuk kos internet, penggambaran dan penyuntingan bahan, manakala perbelanjaan peribadi atau berbentuk modal tidak dibenarkan.
"Pempengaruh media sosial hendaklah menyimpan rekod penerimaan pendapatan dan dokumen sokongan berkaitan segala pendapatan dan perbelanjaan bagi tujuan pengauditan oleh LHDN yang mana rekod dan dokumen sokongan hendaklah disimpan selama tujuh tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata cukai pendapatan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



