“Semoga Kamu Dilaknat!” – Bapa Zayn Rayyan Jerit Di Mahkamah Lepas Isteri Dihukum Penjara 5 Tahun
Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu dua tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suasana di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bertukar tegang apabila suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari, melepaskan jeritan penuh emosi selepas keputusan terhadap isterinya diumumkan
Menurut laporan Sinar Harian, Zaim yang jelas tidak dapat menahan rasa marah dan kecewa, menjerit "semoga kamu dilaknat!" ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, sebaik hakim mengarahkan Ismanira dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman penjara lima tahun.
Difahamkan, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu dua tahun lalu.

Beberapa ahli keluarga kemudian dilihat cuba menenangkannya dan membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke kawasan sidang media.
Ketegangan turut memuncak apabila ibu kepada Zaim Ikhwan turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak polis yang menyiasat kes berprofil tinggi itu.
"Puaslah kau, botak!" katanya dalam nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah.

Terdahulu, Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan menegaskan tiada faktor istimewa yang membolehkan penangguhan diberikan
Kes kematian Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia 6 tahun yang ditemukan meninggal dunia berhampiran anak sungai di Damansara Damai pada 6 Disember 2023 telah mencetuskan perhatian seluruh negara sejak awal siasatan dan keputusan hari ini sekali lagi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 