Selepas Azar Azmi, Aliff Syukri Bantu Norish Karman Pula – “Rezeki Dapat RM15,000”
Syukur Allah SWT hadirkan Datuk Aliff untuk berkongsi rezeki.
Cover image via mStarFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila meneruskan amalan kebajikannya dengan membantu keluarga pelakon Norish Karman menerusi siaran langsung di TikTok
Dalam sesi live tersebut, Datuk Aliff menyumbangkan lebih RM15,000 hasil jualan produknya sebagai tanda sokongan kepada keluarga Norish yang kini berdepan kesukaran hidup.
Menurutnya, sumbangan itu bukan sekadar bantuan biasa, malah dianggap sebagai 'gaji' kepada Norish dan anak-anaknya yang turut membantu melariskan jualan sepanjang siaran berlangsung.
"Ini adalah gaji Norish dan anak-anak yang bantu melariskan jualan produk saya hari ini.
"Saya nak tegaskan, mereka hadir bukan sebab meminta-minta tetapi ingin beraya dan memohon diberikan kerja sama ada boleh menjadi hos live TikTok atau staf di pejabat.
"Ini rezeki keluarga Norish. Saya beri ini sebab yakin Allah SWT menjadikan saya perantara untuk membantu meringankan beban mereka sekeluarga," katanya.

Apa yang lebih menyentuh hati, anak sulung Norish, Hanyz Amanda atau lebih dikenali sebagai Manda menegaskan mereka sekeluarga hadir bukan untuk meminta wang sebaliknya berharap diberikan peluang pekerjaan
Malah, Manda beberapa kali merayu agar diberi peluang untuk bekerja sama ada sebagai hos live TikTok atau staf di syarikat Datuk Aliff.
Datuk Aliff turut berkongsi bahawa beliau tersentuh melihat kehidupan Norish bersama lapan orang anaknya yang serba kekurangan, termasuk tidak memiliki televisyen dan sofa di rumah.
Namun di sebalik kesusahan itu, keluarga itu dilihat sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.
"Terima kasih kepada kalian yang menonton dan memberi produk saya. Saya percaya, Allah menjadikan saya sebagai perantara untuk membantu dan meringankan beban hidup keluarga Norish.
"Saya sedih melihat keluarga Norish kerana mereka sangat gembira dan saling menyayangi walaupun realitinya hidup mereka susah.
"Amanda datang pada saya beritahu tak mahu minta walau RM5 sebab masih ada kudrat dan memohon jadikan mereka sekeluarga hos live TikTok," katanya lagi.
Norish tak dapat menahan sebak, ucap terima kasih

Norish yang turut hadir dalam siaran tersebut tidak mampu menahan sebak apabila melihat jumlah sumbangan yang diterima.
"Alhamdulillah, terima kasih datuk, datin dan semua rakyat Malaysia yang pemurah.
"Anggaplah ini satu perkongsian, semoga satu hari nanti kita boleh menjadi individu seperti Datuk Aliff yang sentiasa membantu orang lain," ujarnya.
Sebelum ini, Manda mendedahkan keadaan kesihatan ibunya yang semakin merosot sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Malah, dia juga ada membuka tabung dalam talian bagi menampung kos perubatan ibunya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



