Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan & Isteri Kini Dipercayai Bakal Berpisah – “Bukan Punca Orang Ketiga”
Semoga yang baik-baik je untuk mereka berdua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6) iaitu Nubhan, dilaporkan bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek
Menurut laporan Kosmo!, sumber terdekat pasangan berkenaan, permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan oleh Nubhan, atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.
"Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.
"Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing," katanya.

Sumber turut memaklumkan bahawa pasangan tersebut kini tidak lagi tinggal sebumbung sejak talak dilafazkan sekitar Ogos lalu
"Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya," katanya.
Sementara itu, Datuk Akberdin Abdul Kader, peguam yang mewakili Dr. Afifah Hidayah, mengesahkan bahawa anak guamnya akan hadir ke mahkamah esok bagi prosiding sebutan pertama kes berkenaan.
"Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
"Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.
"Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai," katanya.

Menurut laporan mStar, punca perceraian bukan disebabkan orang ketiga, dan Nubhan setakat ini belum bersedia memberikan sebarang kenyataan.
Untuk rekod, Datuk Akberdin sebelum ini turut mewakili beberapa selebriti terkenal seperti Puteri Sarah Liyana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad, serta Harith Iskander dan bekas isterinya Dr. Jezamine Lim.
Nubhan dan Afifah Hidayah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun), dan Afzan Nayille (3 tahun).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 