Selangor Tawar Vaksin Influenza Secara Percuma Untuk 125,000 Murid B40 Minggu Depan
12,500 murid dari keluarga B40 akan menerima vaksin percuma.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selangor bakal menawarkan vaksin influenza percuma mulai minggu depan
Seramai 12,500 murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Selangor akan menerima vaksin ini percuma.
Menurut laporan dari Harian Metro, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin mengatakan program ini akan dilaksanakan di empat daerah yang mencatatkan kes tertinggi iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat.

Menurut Jamaliah, ini adalah untuk memastikan kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah mendapat perlindungan terhadap jangkitan influenza dan mengurangkan penularannya dalam komuniti.
Murid berusia lapan tahun dan ke bawah menerima dua dos vaksin kecuali yang sudah menerima vaksin sama
"Langkah ini penting untuk memastikan perlindungan imunisasi lebih optimum terhadap jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berisiko tinggi," tambah beliau lagi.
Program ini akan dilaksanakan melalui dua cara iaitu Program Outreach dimana pasukan bergerak akan ke sekolah yang mempunyai Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi memberi vaksin kepada 4,720 murid berumur 8 tahun ke bawah daripada golongan B40.

Kaedah kedua ialah secara 'walk in' di klinik Selcare dan klinik panel terpilih dimana kanak-kanak daripada keluarga B40 dan mempunyai komorbid atau penyakit kronik, tetapi tidak berada di sekolah dengan PPKI.
Ibu bapa juga perlu mendaftar dan mengesahkan status melalui aplikasi SELangkah sebelum hadir ke klinik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 