Selangor Bakal Teroka Semua Aspek Untuk Tangani Banjir – Menteri Besar Selangor
Difahamkan, penyelesaian akan diumumkan pertengahan tahun ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Selangor kini akan meneroka semua aspek untuk mencari jalan penyelesaian masalah banjir yang semakin teruk sejak beberapa tahun ini
Dilaporkan oleh Harian Metro, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengatakan perincian ini akan dimaklumkan oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Ir Izham Hasim.
Baru-baru ini banyak kawasan di kawasan Lembah Klang dilanda banjir kilat yang berkemungkinan berpunca dari tapak pembinaan, saliran longkang tidak diselenggara dan pelbagai lagi punca lain.
Selangor juga meneroka semua aspek dengan Belanda untuk kolaborasi
"Kita meneroka semua aspek termasuk dengan Belanda (Netherland) dan sebagainya, tapi saya rasa perinciannya akan dibentangkan oleh Izham.
"Sebenarnya sejak 2023-2024, ada pertemuan dengan wakil dari Netherland dan saya lihat tahapnya baru sampai kepada Memorandum of Collaboration dengan pihak terbabit," kata beliau.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari
Image via Astro AwaniBeliau mengatakan perincian ini masih berada di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan belum lagi bermula untuk peringkat negeri.
"Itu pun baru di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan belum lagi di peringkat negeri.
"Jadi kita akan segerakan apa yang boleh dan YB Izham akan beritahu dengan lebih terperinci… paling lewat bulan Jun atau Julai," katanya lagi.
Masalah sudah lama berlarutan sehingga Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita terhadap kegagalan berterusan kerajaan negeri menangani isu banjir.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika di Pembukaan Penggal Persidangan DUN Selangor di Bangunan DUN
Image via Sinar Harian / Rosli TalibBaginda bertitah, isu banjir ini bukan perkara baharu dan telah berpuluh kali ditegaskan agar diselesaikan dengan segera.
"Setiap tahun diperuntukkan bajet bagi mengatasi banjir, namun hasilnya masih tidak memuaskan dan rakyat terus terkesan khususnya di kawasan perumahan di beberapa daerah," titah Sultan Selangor.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 