Sekutu Utama Trump, Charlie Kirk Mati Ditembak Khalayak Ramai Ketika Berucap Di Universiti

Kirk sempat menyampaikan ucapan sebelum kedengaran satu das tembakan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amerika Syarikat (AS) digemparkan dengan pembunuhan aktivis konservatif terkenal dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, iaitu Charlie Kirk, yang ditembak mati ketika sedang berucap di Universiti Utah Valley, semalam

Menurut laporan Berita Harian, kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di hadapan ratusan penonton, dan rakaman video yang tular menunjukkan Kirk sempat menyampaikan ucapan sebelum kedengaran satu das tembakan.

Beliau kemudian kelihatan rebah di atas kerusi, manakala suasana bertukar panik dengan orang ramai menjerit dan berlari menyelamatkan diri.

SAYS.com
Image via blue News

Tembakan dari atas bumbung, suspek berpakaian hitam

Menurut siasatan awal, tembakan dilepaskan dari atas bumbung kampus oleh seorang individu yang dilaporkan berpakaian hitam. Serangan itu dipercayai disasarkan khusus terhadap Kirk memandangkan peranannya yang sangat berpengaruh dalam politik AS.

Pengarah FBI, Kash Patel, mengesahkan seorang suspek telah ditahan tetapi kemudian dibebaskan selepas soal siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kematian Kirk memberi tamparan hebat buat Trump yang kelihatan sugul dalam satu video yang dimuat naik di Truth Social.

"Tiada yang memahami atau memiliki jiwa belia di AS lebih daripada Charlie. Beliau disayangi dan dikagumi oleh semua terutama saya, dan kini beliau tiada lagi bersama kita," tulisnya.

Sebagai tanda penghormatan, Trump mengarahkan semua bangunan kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang sehingga Ahad ini, termasuk di Rumah Putih

Trump juga menyalahkan pihak berhaluan kiri radikal atas pembunuhan itu, menyifatkannya sebagai detik gelap untuk Amerika, dan berjanji akan mengambil tindakan tegas.

Gabenor Utah, Spencer Cox, menyifatkan insiden terbabit sebagai pembunuhan politik dan satu tragedi besar untuk negara itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut mengucapkan takziah dan menggelar Kirk sebagai rakan Israel yang berani dan memperjuangkan ketamadunan Judeo-Kristian.

"Saya baru bercakap dengannya dua minggu lalu dan menjemput beliau datang ke Israel. Malangnya, lawatan itu tidak akan berlaku," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: