Sektor Swasta Dinasihatkan Laksanakan ‘Work-From-Home’ – Anwar Ibrahim

Diharapkan majikan akan laksana work-from-home.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menasihatkan sektor swasta untuk melaksanakan kerja dari rumah (WFH)

Kenyataan ini telah dibuat semalam oleh Anwar Ibrahim ketika perutusan khas perubahan nilai subsidi dek impak konflik Asia Tengah.

"Saya percaya Insya-Allah, selain daripada sektor awam kita juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakan seperti mana yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan bank selama," katanya.

Selain kakitangan swasta, kakitangan awam dibolehkan bekerja dari rumah secara berperingkat dan terpilih mengikut ketetapan majikan masing-masing.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Pelaksanaan kerja dari rumah secara berperingkat

Menurut beliau lagi, pihak kerajaan akan terus menjaga disiplin untuk mengelak keborosan dan ketirisan.

"Setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia, kita lihat Malaysia masih mendapat tarikan dan menjadi pusat pelaburan yang sangat aktif, sepertimana yang telah diumumkan melalui beberapa langkah.

SAYS.com
Image via tirachardz/Freepik

"Walaupun kemelut dan peperangan berlaku, masih ramai pelabur yang datang," katanya.

Tambahan lagi, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengatakan sudah banyak sektor swasta yang melaksanakan kerja secara hibrid sejak pandemik Covid-19 lagi.

Ramai rakyat Malaysia berharap majikan akan memberi kelonggaran untuk kerja dari rumah kerana beberapa negara di sekitar Asia telah mengalami krisis kekurangan bahan api dan juga harga bahan api yang kian meningkat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: