Sekolah Rintis Bangsa Johor Tawar Solusi Isu Beg Berat Murid – “iPad Ganti Buku Teks”

Difahamkan, pendekatan itu turut mendapat reaksi positif daripada ibu bapa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Harakahdaily
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) yang mengaplikasikan pembelajaran berasaskan digital dilihat mampu menyokong dasar pendigitalan pendidikan negara, selain mengatasi isu beg sekolah berat dalam kalangan murid

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 2,500 tablet iPad dibekalkan kepada murid Tahun Empat, Lima dan Enam di empat sekolah terpilih dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi serta papan pintar di setiap kelas.

Pendekatan itu turut mendapat reaksi positif daripada ibu bapa yang melihat penggunaan tablet sebagai alternatif pembelajaran yang lebih praktikal, di samping membantu mengurangkan beban fizikal anak-anak ke sekolah.

Danial Rahmat, 38, berkata penggunaan peranti digital menjadikan pembelajaran anaknya lebih teratur

"Nota guru dan kerja rumah boleh dibuat terus dalam tablet, saya juga melihat langkah ini boleh membantu menjimatkan kos (pembelian buku) untuk masa akan datang, sekiranya digunakan secara menyeluruh," katanya.

Fateha Novianti Azani, 37, turut melihat keberkesanan penggunaan tablet dalam membawa perubahan kepada ekosistem pendidikan negara.

"Murid tidak perlu lagi bawa buku tebal setiap hari sebab satu tablet boleh gantikan banyak buku teks dan latihan, peranti ini juga boleh dijadikan sebagai 'buku' rujukan yang boleh diakses di mana-mana sahaja," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Websis

Dalam pada itu, guru Bahasa Inggeris, Nabihah Razali berkata penggunaan iPad membolehkan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dimanfaatkan secara optimum, namun masih dilaksanakan secara seimbang dengan kaedah pembelajaran konvensional.

"Ini kerana mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris masih memerlukan kemahiran menulis dan kami tidak mahu mereka kehilangan kemahiran tersebut," ujarnya.

Isu beg sekolah berat sememangnya sering dibangkitkan oleh ibu bapa sejak sekian lama dan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial kebelakangan ini

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harakahdaily

KPM sebelum ini turut menegaskan bahawa penyelesaian isu tersebut memerlukan kerjasama semua pihak, selain pelbagai pendekatan sedang diambil termasuk peralihan daripada buku teks fizikal kepada buku digital.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini dilaporkan berkata SRBJ turut melibatkan projek naik taraf sekolah terlibat bagi membina ekosistem pendidikan bertaraf antarabangsa yang moden dan inklusif.

Difahamkan, SRBJ yang merupakan cetusan ilham Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dilaksanakan di empat sekolah di Johor Bahru dan melibatkan peruntukan keseluruhan RM54 juta bagi naik taraf infrastruktur serta pelaksanaan modul pendidikan berimpak tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: