Sekolah Disaran Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Melebihi 35 Darjah Celsius – KPM
Pertimbangan kebenaran khas untuk memakai pakaian sukan dibenarkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) mohon supaya sekolah menangguh aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius
Dilaporkan oleh Harian Metro, pihak sekolah diarah untuk memantau aktiviti yang berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas supaya tidak menjejaskan kesihatan.
KPM juga meminta semua institusi pendidikan bersedia dan melaksanakan langkah sewajarnya untuk menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka Ahad dan Isnin ini.
Bekalan air minuman bersih mesti mencukupi
"Institusi pendidikan memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa
air minuman sendiri," katanya.
Pihak institusi pendidikan juga perlu menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.

KPM turut memohon pihak sekolah untuk membekalkan air minuman kepada murid asrama jika keadaan kritikal dan tiada sumber lain untuk mendapatkan air minuman.
Pertimbangan kebenaran khas diberikan untuk pakai pakaian sukan
Selain itu, pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana juga diberikan untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas. Perkara ini masih bergantung kepada keperluan dan situasi semasa.
Akhir sekali, KPM juga menekankan semua institusi pendidikan agar peka terhadap situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing.
Kenyataan ini telah dibuat di laman rasmi KPM berikutan persediaan dan perlaksanaan langkah-langkah menghadapi cuaca panas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 