Sebuah Lagi Bot Global Sumud Flotilla Diserang Dron, Tiada Kecederaan Dilaporkan
Semoga mereka terus dilindungi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah lagi bot flotila yang membawa bantuan dan aktivis pro-Palestin ke Gaza dilaporkan terkena serangan dron di luar pantai Tunisia, lewat malam tadi
Menurut laporan Harian Metro, berita itu disahkan oleh pihak penganjur, Global Sumud Flotilla (GSF), menerusi satu kenyataan di media sosial mereka.
"Sebuah lagi bot sudah terkena serangan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan," katanya.

Serangan dron kedua dalam dua malam
Menurut penyelaras flotila, Melanie Schweizer, insiden ini merupakan serangan kedua dalam tempoh dua malam berturut-turut.
Hanya sehari sebelum itu, sebuah bot lain didakwa terkena serangan dron berhampiran Sidi Bou Said, namun pihak berkuasa Tunisia menegaskan bahawa tiada dron dikesan di kawasan perairan mereka.
Flotila ini merupakan sebahagian daripada misi antarabangsa untuk memecahkan sekatan Israel terhadap Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk di wilayah tersebut.
Greta Thunberg turut sertai misi
Antara peserta berprofil tinggi dalam pelayaran ini ialah aktivis alam sekitar terkenal, Greta Thunberg.
Greta sebelum ini dilihat memberikan ucapan kepada kumpulan penyokong pro-Palestin di Tunisia sehari sebelum insiden serangan pertama berlaku.
Pelayaran flotila tersebut dijadualkan bersambung hari ini (Rabu) selepas beberapa kali tertangguh berikutan cuaca buruk dan masalah teknikal.
Dalam pada itu, seorang pempengaruh yang turut menyertai misi kemanusiaan itu berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 