“Sebiji Macam Daun Kering” – Pendaki Diberi Amaran Tentang Ular Ini Ketika Hiking
Hati-hati buat yang suka hiking tu.
Cover image via @just.meenn_ (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebelakangan ini, aktiviti mendaki gunung atau hiking semakin mendapat tempat di hati masyarakat yang ingin mencari ketenangan alam dan gaya hidup sihat
Namun, di sebalik keseronokan meneroka laluan hutan, para pendaki diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap kehadiran haiwan liar, terutamanya ular yang sering menjadikan kawasan semak sebagai habitat mereka.
Tular baru-baru ini seorang individu mendedahkan kehebatan teknik penyamaran seekor ular.
Di dalam hantaran tersebut, pemangsa berkenaan dilihat mempunyai warna dan tekstur sisik yang hampir serupa dengan helaian daun kering, menjadikannya sangat sukar dikesan dengan mata kasar dan mampu mengundang bahaya jika terpijak secara tidak sengaja.

Bagi amaran kepada 'hikers' agar berhati-hati
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Threads @just.meenn_, individu berkenaan berkongsi detik mencemaskan ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di dalam sebuah hutan.
Dia menyifatkan dirinya sebagai sangat bernasib baik kerana sempat menyedari kehadiran seekor ular yang sedang berselindung dengan begitu kemas di sebalik timbunan daun kering.
Menyedari risiko yang boleh menimpa pendaki lain, dia menitipkan pesanan ikhlas agar golongan hikers sentiasa melipatgandakan kewaspadaan mereka sepanjang berada di trek.
"Siapa yang selalu pergi hiking, kena extra alert. Kadang-kadang kita tak perasan benda macam ni," katanya.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



