Sebanyak 87 Saman Dikeluarkan Dalam RXZ Member Ride 3.0, Ramai Peserta Gagal Patuhi LKM
Tiada kenderaan disita dan kemalangan maut atau parah yang dilaporkan melibatkan peserta RXZ Member Ride 3.0.
Cover image via Polis Melaka (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sejumlah 87 saman sepanjang tempoh penguatkuasaan program RXZ Member Ride 3.0 yang diadakan di negeri Melaka
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, menyatakan bahawa kesalahan tertinggi yang dikesan adalah melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
Sebanyak 14 saman direkodkan atas kesalahan LKM tamat tempoh, diikuti rapat oleh kesalahan tiada lesen memandu, iaitu sebanyak 13 saman.
"Selain itu adalah kesalahan tidak menampal pelekat cukai jalan 11 saman dan kita turut mengeluarkan sembilan saman terhadap penunggang yang gagal memiliki perlindungan insurans sah.
"10 saman lagi dikeluarkan atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan," katanya.

Tiada kenderaan disita atau kemalangan dilaporkan dalam peserta RXZ Member Ride 3.0 sepanjang tempoh tersebut
Beliau turut mendedahkan butiran kesalahan lain yang dikesan sepanjang operasi penguatkuasaan.
Tambah beliau, sebanyak lima saman dikeluarkan kerana gagal memakai topi keledar, sementara enam kes pula melibatkan motosikal yang tiada cermin sisi.
"Kesalahan lain yang turut dicatatkan termasuklah isu nombor plat yang tidak standard, lampu brek tidak berfungsi, tidak mematuhi arahan pihak berkuasa, serta gagal berhenti apabila diarahkan," jelasnya.
Difahamkan, tiada kenderaan disita dan tiada kemalangan maut atau parah yang dilaporkan melibatkan peserta RXZ Member Ride 3.0 sepanjang tempoh penguatkuasaan tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



