“Saya Sendiri Dengar Letupan Itu” – Zizi Kirana Mohon Doa Orang Ramai Untuk Misi Global Sumud Flotilla
Mari kita sama-sama doakan semua sukarelawan terlibat dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.
Cover image via @zizikiranaofficial (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terbaharu, melalui satu perkongsian di laman TikTok, penyanyi Zizi Kirana memaklumkan keadaan terkini dirinya yang kini berada dalam misi kemanusiaan bersama beberapa aktivis lain bagi menghulurkan bantuan kepada saudara Islam di Gaza, Palestin
Menerusi video yang dimuat naik, Zizi menceritakan detik cemas apabila kapal yang mereka naiki didatangi sebanyak 15 dron ketika pelayaran. Lebih mencemaskan, dia turut mengesahkan berlaku letupan ketika kejadian itu.
"Seperti yang telah dimaklumkan, kapal-kapal Flotilla kami ini telah didatangi sebanyak 15 dron dan berlakunya letupan. Saya sendiri mendengar letupan itu," katanya.

Mohon orang ramai terus berdoa
Dalam masa yang sama, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu turut memohon doa daripada orang ramai agar perjalanan misi mereka dipermudahkan dan berjaya menyampaikan bantuan kepada penduduk di Gaza.
"Alhamdulillah Kami Semua Dalam Keadaan Yang Baik.. Terus Doa , Qunut Nazilah Jangan Tinggalkan , Selawat Yang Banyak ,Kita Takkan Berhenti Dan Akan Teruskan Melangkah Untuk Saudara Kita Gaza .. HasbunAllah Wani'mal Wakeel," katanya.
Untuk info, misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla turut disertai beberapa selebriti terkenal lain termasuk Heliza Helmi, Farah Lee, dan Ardell Aryana, yang sama-sama berjuang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



