“Saya Perlu Bayar? Bukan Tolak Dari IC?” – Wanita Sangka BUDI95 Inisiatif Petrol Percuma
Ada yang masih tidak tahu cara menebus atau menyemak kelayakan.
Cover image via motoristFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang juruwang stesen minyak bingung apabila dimarahi pelanggan kerana menyangka BUDI95 adalah program minyak percuma
Ramai rakyat Malaysia masih tidak mengambil tahu menyenai BUDI95 dan tidak mendapatkan maklumat yang betul untuk menyemak dan menebus subsidi tersebut.
Petikan ini telah diambil dari Threads milik @bobman12_ yang menceritakan perkara ini.
Hal ini sudah semestinya membuatkan netizen juga bingung dengan apa yang berlaku.
Dalam Threads tersebut, seorang wanita telah datang ke kaunter untuk mengisi petrol RON95 bernilai RM50.

Namun apabila ditanya kaedah bayaran yang hendak dibuat sama ada tunai atau eWallet, pelanggan itu terkejut kerana menyangka minyak itu boleh terus ditebus dari kad pengenalan sama seperti MySara.
Ramai rakyat Malaysia masih tidak mengetahui fungsi BUDI95
Pemberi komen di Threads itu juga hairan atau masih tidak sedar mengenai fungsi subsidi tersebut.
"Maafkan saya, saya tidak tahu berita terkini. Maknanya kalau nak guna BUDI95 saya masih perlu bayar? Bagaimana, saya tidak faham," komen teratas.

Pada ruangan komen, ada juga yang bertanyakan mengenai klarifikasi yang perlu dibuat sejurus berada di stesen minyak.
"Penat saya terangkan, dia tetap tidak faham. Ingat kerajaan bagi percuma 300 liter. Subsidi dengan percuma itu lain, kak," tulis juruwang tersebut.
Wanita tersebut terus membatalkan niat selepas mendapati minyak sebenarnya tidak percuma.
Lebih kasihan, juruwang tersebut juga dipersalahkan kerana pelanggan itu tidak dapat menebus petrol "percuma".
Sebahagian individu berpendapat bahawa pihak berwajib perlu memberikan penerangan yang lebih lanjut dan mudah untuk difahami oleh rakyat supaya perkara sebegini tidak akan berlaku pada masa hadapan.
Jadi apa itu BUDI95?

BUDI95 adalah inisiatif dari MADANI buat semua rakyat Malaysia untuk memperoleh harga minyak bersubsidi berharga RM1.99 dengan kuota 300 liter sebulan.
Program ini direka untuk membantu rakyat Malaysia dengan peningkatan harga minyak.
Setiap rakyat Malaysia layak mendapat kuota 300 liter RON95 sebulan dengan harga petrol RM1.99/L.
Kuota ini cukup untuk membawa kereta dalam jarak 3,000km sebulan, lebih daripada cukup buat majoriti rakyat Malaysia.
Anda boleh menyemak kelayakan manfaat BUDI95 di sini.
Ini bagaimana cara menebus BUDI95 di kebanyakan stesen minyak yang ada di Malaysia di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



