“Saya Kenal Dia, Dia Bukan Macam Tu, Mana Betina Buat Porak Peranda Ni?” – Nabila Huda

Abil memuat naik video itu susulan seorang penyanyi, tampil dedahkan Amy Search yang menengkingnya baru-baru ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @kupu_kupu (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas memuat naik video bermonolog tentang individu bergelar Datin yang didakwa ibu tirinya, Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengeluarkan video dan bercakap mengenai seorang individu

Menerusi video monolog tersebut, Nabila Huda atau mesra disapa Abil berkata, individu itu merupakan seorang yang sentiasa merendah diri dan mengajarnya untuk menjadi humble sejak kecil.

"I know him, he's not like that. Dia seorang yang humble, very polite, super cool dan dia seorang yang ajar saya untuk hidup sebagai seorang yang sangat-sangat humble.

"I knew you too well, you're not like that. Tapi sekarang ni, mana betina yang buat porak peranda ni?"
katanya.

SAYS.com
Image via @kupu_kupu (Instagram)

Terdahulu, video monolog pertama yang dimuat naik oleh Abil di Instagram menceritakan tentang seorang wanita perangai buruk wanita bergelar datin

Aktres itu dikatakan sedang berlatih monolog untuk projek lakonan baharunya.

Bagaimanapun difahamkan video tersebut dimuat naik selepas penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dirinya diserang oleh Datuk Amy Search ketika sesi latihan konsert di Stadium Merdeka baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo!, penyanyi Datuk Awie yang turut terpalit kontroversi tersebut telah menyeru rakannya, Datuk Amy Search supaya tampil memberikan penjelasan berhubung serangan terhadap Shila Amzah.

Menurut Datuk Awie, beliau tidak ada kaitan dengan insiden berkenaan tetapi terpaksa menanggung kecaman netizen gara-gara gosip liar yang tular dalam media sosial.

"Amy Search, kau cerita benda betul. Habis semua manusia kepoh tuduh aku!. Ambillah tanggungjawab ini. Beritahu perkara sebenar. Penat dan sesak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau!," katanya.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik