Sarawak Lakar Sejarah, Laksana Skim Pendidikan Tinggi Percuma Bermula Tahun 2026

Sarawak Free Tertiary Education Scheme (FTES) itu merangkumi 64 program pengajian pada peringkat awal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sarawak bakal mencipta sejarah baharu dalam landskap pendidikan negara apabila melaksanakan skim pendidikan tinggi percuma bermula tahun 2026, khusus untuk pelajar tahun pertama di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri

Langkah berani itu dilihat sebagai antara usaha paling signifikan kerajaan negeri dalam membina tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong ekonomi baharu Sarawak, di samping membuka akses pendidikan kepada anak muda tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.

Menurut laporan Buletin TV3, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata skim yang dinamakan Sarawak Free Tertiary Education Scheme (FTES) itu pada peringkat awal merangkumi 64 program pengajian, dengan penekanan utama kepada bidang sains dan teknologi yang selari dengan hala tuju pembangunan industri negeri.

Beliau berkata, program yang ditawarkan merangkumi pelbagai disiplin strategik termasuk perakaunan dan kewangan, bagi melahirkan graduan yang mampu memenuhi keperluan syarikat besar dalam ekonomi baharu atau muncul sebagai profesional dalam sektor korporat.

SAYS.com

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Image via Buletin Tv3

"Kita mahu anak muda Sarawak sama ada bekerja dengan syarikat besar yang bakal muncul dalam ekonomi baharu, atau menjadi profesional sendiri di sektor korporat," katanya.

Abang Johari turut menjelaskan bahawa senarai program berkenaan bersifat dinamik dan berpotensi diperluaskan mengikut keperluan industri masa depan, termasuk bidang baharu seperti keselamatan siber, kejuruteraan lanjutan serta pengajian seni dan komunikasi seperti kewartawanan.

Pelaksanaan FTES juga akan dibuat secara berperingkat berdasarkan kohort kemasukan tahunan

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Ini bermakna pembiayaan yuran pengajian bukan sahaja melibatkan pelajar tahun pertama pada 2026, malah akan diteruskan sehingga tahun kedua dan ketiga bagi kumpulan pelajar yang sama.

Untuk fasa awal pelaksanaan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM250 juta bagi menampung kos yuran pengajian pelajar tempatan, dengan hampir 5,000 pelajar Sarawak dijangka menerima manfaat pada tahun pertama skim ini diperkenalkan.

Dengan dasar ini, Sarawak muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan tinggi percuma secara menyeluruh di institusi milik kerajaan negeri, sekali gus meletakkan negeri itu sebagai peneraju reformasi pendidikan tinggi negara.

FTES bukan sekadar inisiatif kebajikan pendidikan, tetapi satu pelaburan jangka panjang terhadap pembangunan bakat, daya saing ekonomi dan masa depan generasi muda Sarawak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: