Sam Lim Kini Sah Bergelar Suami Parisa Ardina – “Kami Dah Kahwin, Ini Bukan Marketing”

Tahniah, selamat pengantin baru Sam Lim dan isteri!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh di media sosial hari ini apabila pempengaruh terkenal, Sam Lim, akhirnya selamat bergelar suami kepada pelakon baharu dan model, Parisa Ardina

Difahamkan, majlis akad nikah mereka berlangsung di sebuah masjid.

Berita gembira itu mula tular selepas dikongsikan oleh pelakon Aizat Saha menerusi akaun rasmi miliknya, yang memaparkan momen indah pasangan tersebut di hari bahagia mereka.

SAYS.com
Image via @aiztsaha (Instagram)

Dalam perkongsian berkenaan, Sam dilihat menyarungkan cincin ke jari manis Parisa, sekali gus mengesahkan status hubungan mereka yang sebelum ini menjadi tanda tanya ramai.

Lebih menyentuh hati, Parisa juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berada di dalam masjid, mencerminkan emosi dan rasa syukur selepas sah bergelar isteri.

Dalam masa sama, rakan kepada Sam yang juga pempengaruh, Nicholas Chong, turut memberi reaksi seolah-olah terkejut dengan perkembangan hubungan mereka

Ini kerana hubungan antara Sam dan Parisa sebelum ini tidak terlalu didedahkan secara terbuka, membuatkan ramai tidak menjangka ia berakhir ke fasa perkahwinan.

Menjawab spekulasi netizen yang mengaitkan hubungan mereka hanyalah 'marketing', Sam tampil memberi penjelasan tegas. Menurutnya, hubungan yang dibina bukanlah untuk tujuan 'content' atau marketing semata-mata.

"Kami dah kahwin. Kami bukan marketing. Sebab saya kaya dan sudah popular, tak perlu marketing," katanya.

SAYS.com
Image via @aiztsaha (Instagram)Image via

Lihat video di bawah:

Image via @nicholaschong2206 (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik