Salah Satu Kapal Global Sumud Flotilla Berlabuh Di Tunisia Diserang Dron – “Kami Dibom”

Moga selamat semuanya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Global Sumud Flotilla melaporkan salah satu kapal mereka telah diserang dron di pelabuhan Tunisia awal pagi tadi

Awal pagi tadi krew Flotilla telah melaporkan mereka mendengar bunyi dron dan selepas beberapa minit kemudian satu letupan berlaku di hujung kapal mereka.

Global Sumud Flotilla juga membuat laporan ini di Instagram mereka.

"Family Boat dilaporkan diserang dron." – Global Sumud Flotilla

SAYS.com
Image via Global Sumud Flotilla

"Kami tidak akan gentar dan kembali dari meneruskan misi ini walaupun diserang," – Global Sumud Flotilla.

Salah seorang krew iaitu Yasemin Acar dalam kapal tersebut telah mengongsikan perkara ini di laman Instagram-nya.

" 'Family Boat' secara rasmi telah diserang. Dron yang terbang itu, terus menjatuhkan bom dan meletup. Ini menyebabkan kapal terbakar. Semua orang selamat dan api telah pun dipadam." ujar Yasemin.

SAYS.com
Image via ahmeldeldin

"Untuk pengetahuan semua, bot ini mempunyai krew daripada Madeline, iaitu Greta Thunberg, saya, Thiago Suay, dan ramai lagi orang hebat yang lain," tambahnya lagi.

Satu video rakaman CCTV kapal Flotilla menunjukkan saat letupan itu berlaku

Zizi Karina yang juga salah satu krew Flotilla ada melaporkan mengenai perkara berkenaan di Threads.

SAYS.com
Image via zizi_karina

Menurut Yasemin, sejak awal penjelahan lagi dron telah dilihat 90 batu nautika dari Kepulauan Menorca.

Mari kita semua mendoakan keselamatan kesemua krew Flotilla untuk perjuangan mereka.

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: