Sajat ‘Tayang’ Kereta Baru Beli Di Australia, Gembira Hasil Kerja Keras Membuahkan Hasil

Hebat ye Sajat sekarang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nursajat23 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa tak kenal Usahawan Nur Sajat, figura penuh kontroversi yang pernah menguasai dunia kosmetik tempatan dengan jenama popularnya

Pernah menjadi antara personaliti paling mencuri perhatian dalam industri kecantikan Malaysia, Sajat dikenali bukan saja kerana strategi pemasaran yang berani, tetapi juga kisah hidupnya yang sering menjadi bualan ramai.

Namun, baru-baru ini Sajat berkongsi berita gembira selepas hasil usahanya bekerja di Australia membuahkan hasil.

SAYS.com
Image via @nursajat23 (TikTok)

Gembira dapat beli kereta di sana

Menerusi perkongsian di TikTok, Sajat berkongsi momen penuh makna apabila memaklumkan dia mahu menjadikan tahun 2025 sebagai tahun kebangkitannya dalam mengejar impian.

"Sometimes, dreams take time. Sometimes, blessings arrive exactly when the heart is ready.

"This Wednesday, a new journey begins as I collect my new Mercedes. I feel grateful, calm, and deeply proud of how far I have come. Every effort, every challenge, and every prayer has led me here.

"This is not just a car. This is a reminder to believe in yourself quietly because one day, the results will speak beautifully for you," tulisnya.

Menurut Sajat, kereta mewah itu bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi tanda keyakinan dan perjalanan panjangnya untuk kembali bangkit selepas melalui pelbagai cabaran.

Dalam masa yang sama, Sajat turut berkongsi bahawa kereta yang dibelinya sebenarnya bukanlah model mewah melampau seperti yang mungkin ramai sangkakan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik