Solat Jumaat Jadi Kenangan Terakhir, Lelaki Sedih Sahabat Pergi Lepas Sembunyi Sakit Kanser Tahap 4

Dapat juga dia tunaikan permintaan dia sebelum menghadap Ilahi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @berbicara (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemergian seseorang yang kita sayangi sentiasa meninggalkan ruang kosong lebih-lebih lagi bila derita yang ditanggungnya langsung tidak diketahui

Itulah yang dilalui oleh seorang individu apabila sahabat karibnya pergi buat selamanya hanya sebulan selepas kunjungan terakhir, tanpa sempat berkongsi penderitaan sebenar yang ditanggung.

Kisah ini bukan sahaja menyentuh hati, tetapi turut menjadi peringatan bahawa kadang-kadang orang yang paling ceria di depan kita sedang menanggung beban yang paling berat dalam diam.

SAYS.com
Image via @berbicara (Threads)

Terkilan tak tahu derita yang rakan alami

Menerusi perkongsian di Threads @berbicara, seorang lelaki berkongsi apabila sahabat karibnya meninggal dunia pada 22 Julai 2025 akibat kanser hati, hanya sebulan selepas pertemuan terakhir mereka yang berlaku pada 27 Jun lalu.

Beliau menceritakan bahawa kunjungan tersebut merupakan kali pertama selepas mengetahui tentang penyakit yang telah lama dirahsiakan oleh sahabatnya.

Menurutnya, beliau berasa terkilan kerana hanya mengetahui keadaan sebenar selepas dimaklumkan oleh individu terdekat.

Walaupun kecewa kerana tidak dimaklumkan lebih awal, beliau memahami keputusan sahabatnya untuk menyembunyikan penderitaan itu demi menjaga perasaannya.

"Aku marah, sbb dia sembunyikan derita daripada aku, sahabatnya. Dia mcm adik beradik aku. Katanya tak nak aku sedih," tulisnya.

Sempat tunaikan permintaan terakhir rakan

Lebih menyentuh hati, sahabatnya turut sempat menyuarakan satu permintaan terakhir ingin menikmati air soya dan taufu fa.

Perkara itu membuatkan, beliau sanggup meredah perjalanan dari Jenjarom ke Sijangkang bagi memenuhi hasrat itu.

"Alhamdulillah, dia gembira. Tapi aku lebih gembira kerana dapat ceriakan dia walaupun sekejap.

Tambah beliau, walaupun cuba bersikap positif, nalurinya seakan dapat merasakan bahawa keadaan sahabatnya ketika itu berada pada tahap yang membimbangkan.

SAYS.com
Image via @berbicara (Threads)

Atas sebab itu, beliau meminta isterinya untuk merakam momen-momen terakhir mereka bersama menyedari bahawa kenangan itu mungkin tidak akan berulang.

Kini, sahabat yang disayanginya telah pergi buat selama-lamanya, namun memori pertemuan terakhir itu akan kekal menjadi kenangan paling berharga dalam hidupnya.

"Tenanglah di sana, wahai sahabat," katanya mengakhiri coretan penuh emosi itu.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik