Sabah Catat Rekod Negeri Paling Banyak Masjid Yang Terdapat Di Malaysia

Pencapaian tersebut membuktikan komitmen kerajaan negeri bersama masyarakat Islam dalam memperkukuh syiar Islam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Jom Melancong
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sabah kini muncul sebagai negeri dengan jumlah masjid tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 1,127 buah masjid

Selain itu ia turut memiliki 1,222 surau yang tersebar di seluruh negeri, demikian menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menerusi laporan Bernama, beliau menegaskan, angka tersebut bukanlah untuk dibanggakan semata-mata, sebaliknya menjadi cerminan kepada komitmen berterusan kerajaan negeri bersama masyarakat Islam dalam memperkukuh syiar Islam.

Pada masa sama, beliau menekankan bahawa masjid dan surau bukan sekadar rumah ibadat, sebaliknya berperanan penting sebagai pusat pembangunan ummah yang menyeluruh.

"Apa yang penting, rumah ibadat ini terus diimarahkan dengan pelbagai aktiviti ilmu, dakwah, pendidikan dan perpaduan agar bukan hanya tersohor pada namanya tetapi juga pada pencapaiannya," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Tambah surau baharu di daerah Tuaran 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembinaan surau baharu di Tuaran menjadikan jumlah keseluruhan rumah ibadat Islam di daerah itu meningkat kepada 69 buah, terdiri daripada 38 surau dan 31 masjid.

Pertambahan ini, jelasnya, seiring dengan pertumbuhan penduduk serta pesatnya pembangunan di daerah yang bersempadan dengan Kota Kinabalu.

"Kerajaan yakin bilangan ini akan terus meningkat selaras dengan kemajuan pesat yang berlaku di Tuaran,"
katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Bugis yang memainkan peranan besar dalam menjayakan pembinaan surau berkenaan melalui kerjasama erat, amalan gotong-royong serta sumbangan dana masyarakat.

Beliau menegaskan, masjid dan surau tidak hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat berjemaah, tetapi juga berperanan lebih luas sebagai pusat penyatuan masyarakat, pengukuhan ukhuwah, penyebaran ilmu, serta penggerak pembangunan sosial dan ekonomi umat.

SAYS.com
Image via Tripadvisor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: