RUU Tribunal Anti-Buli Akan Dibentang Di Parlimen Disember Ini – Azalina Othman
Kerajaan akan meneliti mekanisme terbaik untuk membendung gejala buli.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Buli bakal dibentangkan di Parlimen Disember ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Semalam, satu sesi dengan 130 pelajar Kementerian Pendidikan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Negeri Sembilan hadir untuk memberikan pandangan dan cadangan bagi persediaan untuk RUU Anti-Buli.
Menurut laporan Bernama, Datuk Seri Azalina Othman memberitahu, penggubalan RUU itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri seawal November ini.
"Disember ini, RUU berkenaan akan siap kerana kerajaan MADANI telah berjanji untuk memperkenalkan undang-undang ini pada sidang Parlimen kali ini." tambah beliau.

Berita itu telah diumumkan Datuk Seri Azalina ketika menghadiri Sesi Town Hall Antibuli: #GenerasiTanpaBuli bersama wakil murid di bawah Kementerian Pendidikan semalam.
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik untuk bendung gejala buli
"Kabinet, sebagai contoh boleh memutuskan untuk menubuhkan dua set tribunal bagi individu berusia bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas." katanya.
Beliau juga mengatakan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya untuk mengenal pasti punca dan cara penyelesaian.
Dialog seterusnya akan diadakan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mendapatkan pandangan pelajar berusia 18 tahun ke atas.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Azalina diberikan tempoh enam bulan untuk membentangkan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri untuk RUU Tribunal Anti-Buli berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 