Rupa-Rupanya Ini Sebab Selipar Di Masjid & Surau Selalu Dipotong – “Kesian, Apalah Dosa Dia”

Situasi ini kadangkala mengelirukan jemaah, terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali menyedarinya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda pasti pernah melihat dan tertanya-tanya mengapa setiap kali pergi ke masjid atau surau, kebanyakan selipar awam yang disediakan kelihatan seperti telah dipotong pada bahagian tertentu, bukan?

Bukan itu sahaja, ada juga yang kelihatan sengaja dicacatkan sehingga bentuknya tidak lagi sempurna. Perkara ini kadang-kadang menimbulkan persoalan dalam kalangan jemaah, terutama mereka yang pertama kali menyedarinya.

Baru-baru ini, isu tersebut kembali menjadi perbualan apabila tular satu hantaran di Threads yang memaparkan persoalan seorang individu mengenai keadaan selipar tersebut.

SAYS.com
Image via @limaumerah1001 (Threads)

Elak daripada kecurian

Menerusi hantaran di akaun Threads @limaumerah1001, individu itu bertanyakan sebab sebenar selipar di masjid sering dipotong.

"Siapa boleh tolong explain tak. Guys, ni salah jari panjang atau seliper ni dipotong-potong. Guys siapa boleh jawab, apa dosa seliper ni guys," tulisnya secara berseloroh.

Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian ramai pengguna media sosial. Menariknya, kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama mengenai sebab selipar berkenaan dipotong.

Menurut beberapa pengguna, tindakan memotong selipar itu sebenarnya dilakukan bagi mengelakkan kecurian.

Jika selipar tersebut dibiarkan dalam keadaan sempurna dan masih kelihatan elok, ia berpotensi lebih tinggi untuk diambil atau dibawa pulang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau sempurna selipar tu, kena rembat. Tu dia potong bagi cacat. Tak ada siapa dah nak curi," kata seorang pengguna di ruangan komen.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman ketika membantu pengurusan masjid sebelum ini.

"Kena potong sebab nanti ada yang buat harta sendiri kalau selipar tu elok. Aku pernah tolong-tolong kat masjid dulu, kariah masjid komplen. Setiap kali beli 10 pasang, lepas habis solat Jumaat tinggal satu pasang saja. Jadi semua pakat potong selipar tu bagi nampak hodoh supaya tak ada siapa curi," jelasnya.

Walaupun kaedah ini mungkin kelihatan pelik bagi sesetengah orang, ia sebenarnya menjadi langkah praktikal yang diambil oleh pihak masjid atau surau untuk memastikan selipar awam yang disediakan dapat digunakan oleh jemaah secara berterusan.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik