Rupa Paras Bukan Jaminan, Pemilik Terkejut Keadaan Rumah Yang Disewakannya Penuh Sampah & Kotor

Ya Allah, macam tongkang pecah dibuatnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @lilostarx7 / Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang individu di Threads meluahkan rasa kecewa dan marah apabila rumah sewa ditinggalkan dalam keadaan jijik

Rumah sewa tersebut sangat kotor sehingga terdapat banyak timbunan sampah di seluruh pelosok rumah. Individu dengan nama lilostarx7 telah berkongsi mengenai keadaan rumah sewanya di Threads.

Difahamkan, pada asalnya rumah tersebut telah diduduki oleh satu keluarga dan keluarga itu telah bercerai dan seorang perempuan berusia 22 tahun telah menginap di rumah itu.

Bekas air minuman yang telah habis, makanan yang telah reput, sehingga sampah yang dipenuhi ulat berada di mana-mana sahaja di rumah itu. Bahagian bilik yang dijadikan stor juga bertukar menjadi bilik sampah.

Pakaian-pakaian di bilik tidur juga bergelimpangan dan dibiarkan begitu sahaja bercampur dengan plastik makanan ringan dan sampah yang pelbagai jenis. Malah terdapat tuala wanita yang telah digunakan dibuang sahaja ke lantai bilik.

SAYS.com
Image via @lilostarx7 / Threads

Owner tidak pernah tengok rumah sebab percaya kepada penyewa

Menurut tuan rumah, mereka tidak pergi menjenguk atau bertanya mengenai masalah di rumah tersebut kerana percaya kepada penyewa.

Penyewa yang melarikan diri itu juga tidak menutup apa-apa peralatan elektrik dan dibiarkan berjalan begitu sahaja.

"Selama anak perempuan dia duduk, memang kami tak pergi jenguk ataupun bertanya mengenai bil dan penyelenggaraan. Disebabkan kepercayaan, kami lepaskan mereka," katanya.

SAYS.com
Image via @lilostarx7 / Threads

Pemilik juga telah mendengar banyak aduan orang ramai dan telah bermacam-macam aduan telah dibuat mengenai perempuan ini.

Tambahan lagi, perempuan itu pula dikatakan mempunyai kerja yang baik di satu jabatan Sumber Manusia. Banyak bukti telah disimpan kerana penyewa berkenaan adalah kenalan pemilik rumah.

Selain itu, bayaran tertunggak juga antara masalah yang telah ditinggal. Harga kos penyelenggaraan adalah RM50 sebulan, tetapi tunggakan telah mencecah lebih daripada RM1,000.

SAYS.com
Image via @lilostarx7 / Threads

"Hairan juga, human resources tak boleh ke nak bayar bil? Maintenance RM50 je. Tapi tertunggak sampai RM1k lebih. Dahsyat," tambahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, netizen juga meluahkan rasa simpati kepada tuan rumah, rasa kecewa dan rasa jijik terhadap penyewa apabila melihat keadaan rumah tersebut.

"Macam mana manusia normal boleh hidup dalam keadaan macam ni. Aduhhh gelinya," kata aidanabilahz di Threads.

Satu komen individu juga berkongsi mengenai pengalamannya yang hampir sama.

"Penyewa yang tidak ada common sense macam ni memang menyusahkan oarang. Saya cakap berdasarkan dari pengalaman my mom sewakan rumah dekat org. Akhirnya sewa tak bayar,tunggakan banyak, bil api,bil air tunggak berbulan-bulan, rosak sana sini tinggalkan rumah dengan sampah sarap, dgn kotornya dan tinggalkan barang-barang tak berguna. Orang macam ni memang menyusahkan hidup orang /tuan rumah 1 kerja pula nak kena bersihkan rumah yg ditinggalkan dalam keadaan kotor dan terpaksa keluar kos utk pembersihan," ujar dila_dilawie di Threads.

"Sudah semestinya mental dia tidak stabil," kata seorang individu di Threads.

Penyewa itu juga telah meninggalkan surat notis peringatan terakhir untuk membayar hutang keretanya kerana tidak membayar tunggakan sebanyak RM16,000.

SAYS.com
Image via @lilostarx7 / Threads

Ada juga yang menyarankan supaya tuan rumah mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak mereka pada masa akan datang.

"Mak saya sampai menangis tengok rumah dia macam ni tau. Salah orang kami sewakan. Rumah yang kami jaga, kini hancur ditangan manusia yang tiada COMMONSENSE," kata lilostarx7.

SAYS.com
Image via @lilostarx7 / Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: