Rumah Sewa Bertukar Jadi Tempat ‘Sampah’, Penyewa Enggan Keluar Siap Ugut Nak Call Polis
Teruk sangat ni.
Cover image via @ftnramlie (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah rumah yang asalnya lengkap dengan perabot moden kini bertukar wajah menjadi 'tapak pelupusan' sampah selepas dipercayai diabaikan oleh penyewa sendiri
Dalam satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna @ftnramlie, kelihatan setiap ruang rumah dipenuhi dengan longgokan plastik, pakaian, kotak serta pelbagai barangan lain sehingga menutupi hampir semua laluan seolah-olah kediaman itu telah lama tidak dihuni.
Menurut pemilik rumah, unit berkenaan sebelum ini berada dalam keadaan baik dan bersih, namun kini hampir semua perabot rosak dan tidak terurus. Lebih memburukkan keadaan, penyewa terbabit dilaporkan enggan mengosongkan rumah walaupun telah diminta berbuat demikian sejak minggu lalu.


"Dia cakap dia OKU la, tak ada tempat nak pergi la. Bila kami minta keluar, dia ugut nak call polis. Kami cabar dia call, ini rumah kami," kata tuan rumah.
Susulan laporan itu, pihak polis dikatakan memberi tempoh satu hingga dua minggu kepada penyewa terbabit untuk berpindah
Sekiranya masih gagal berbuat demikian, tindakan pengusiran secara rasmi akan diambil. Pemilik rumah turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah banyak bertolak ansur dengan penyewa itu, termasuk menerima bayaran sewa lewat, menanggung tunggakan bil elektrik dan air, serta hanya menerima deposit sebanyak RM1,500.
Perkongsian berkenaan kini tular di media sosial, dengan ramai pengguna meluahkan rasa terkejut dan kesal melihat keadaan rumah berkenaan yang seakan tidak berpenghuni.
Rata-rata netizen berpendapat kejadian seperti itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada pemilik rumah lain agar lebih berhati-hati dalam memilih penyewa, termasuk mendapatkan perjanjian hitam putih yang jelas bagi mengelakkan situasi sebegini berulang.


