Rumah Persaraan Anak Muda Di Gopeng Tawar Ketenangan Pada Harga RM2,000 Sebulan

Walaupun akan di buka Januari 2026, bulan pertama tempat itu sudah penuh ditempah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gopeng, Perak kini menjadi tumpuan apabila seorang pemuda tempatan melancarkan apa yang didakwanya sebagai 'Rumah Persaraan Belia' yang pertama di Malaysia

Konsep unik ini menawarkan peluang kepada golongan dewasa muda untuk melarikan diri daripada tekanan kehidupan bandar dan keletihan kerja (work burnout) dengan kos yang sangat berpatutan iaitu hanya RM2,000 untuk penginapan selama sebulan.

Pengasas berusia 25 tahun itu memperkenalkan pusat percutian yang tidak konvensional ini menerusi siri Instagram Reels.

Dengan berterus terang, dia turut berkongsi bahawa dia kini tidak bekerja dan memulakan inisiatif ini dengan bantuan sokongan daripada ibu bapanya.

Terletak di atas sebidang tanah seluas lapan ekar, konsep 'persaraan awal' yang ditawarkan ini serta-merta mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, terutamanya dalam kalangan belia Malaysia yang terperangkap dalam isu tekanan pekerjaan dan peningkatan kos sara hidup.

SAYS.com
Image via @gopeng_sanctuary (Instagram)

Rumah Persaraan Belia ini direka khas sebagai ruang mutlak untuk para tetamu 'tidak melakukan apa-apa'

Dengan bayaran RM2,000 sebulan, penghuni akan menerima penginapan, tiga hidangan makanan sehari, serta akses kepada persekitaran semula jadi yang tenang dan damai.

Konsep ini sengaja menghapuskan aktiviti berstruktur, jadual harian, atau matlamat produktiviti sebaliknya, tetamu dijemput untuk memperlahankan rentak hidup dan berehat sepenuhnya.

Pendekatan ini secara langsung merangkul trend sosial China yang dikenali sebagai "躺平" (tang ping).

Istilah ini diterjemahkan sebagai "berbaring datar" atau "lying flat", iaitu sebuah gerakan di mana golongan muda secara sedar menolak tekanan masyarakat dan kerjaya demi memilih cara hidup yang lebih perlahan, minimalis, dan kurang materialistik.

SAYS.com
Image via @gopeng_sanctuary (Instagram)

Pelawa belia Malaysia yang lain untuk datang berehat dan mengisi semula tenaga di pusat percutian tersebut

Dia menjelaskan bahawa idea ini tercetus dan diilhamkan daripada perniagaan sedia ada keluarganya di mana ibu bapanya mengendalikan sebuah rumah jagaan warga emas tradisional di Ipoh.

Ini mendorongnya untuk mengubah suai tanah mereka di Gopeng bagi menguji konsep yang berfokuskan penjagaan, tetapi diolah semula untuk golongan dewasa muda yang berdepan dengan tekanan dan burnout.

"Tiada KPI, tiada 9 pagi hingga 5 petang. Anda boleh tidur sehingga bangun secara semula jadi, makan makanan yang dimasak sendiri, menanam sayur jika mahu, memerhati itik berjalan-jalan, atau hanya berkhayal sepanjang petang," katanya, merujuk kepada kebebasan yang ditawarkan.

Dia berharap dengan memberikan ruang rehat sebegini kepada para tetamu, ia dapat membantu mereka berasa lebih bertenaga untuk meneruskan semula kehidupan seharian mereka.

SAYS.com
Image via @gopeng_sanctuary (Instagram)

Meskipun baru sahaja diperkenalkan, 'Rumah Persaraan Belia' Gopeng yang disenaraikan di Facebook sebagai "kemudahan persaraan dan kehidupan dibantu" dijadualkan untuk dibuka secara rasmi pada Januari 2026.

Menurut pengasasnya, sambutan terhadap konsep unik ini adalah di luar jangkaan, malah beliau mengesahkan bahawa tempahan untuk penginapan sepanjang bulan pertama operasi (Januari 2026) telah penuh sepenuhnya.

Lihat video di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: