Rumah Nanad Bebe Dipecah Masuk – “Motor RXZ, LC V8, Helmet & Emas Nilai Lebih RM300K Dicuri”

Nanad Bebe meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat jika terlihat barangannya yang dicuri atau dijual semula.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nanad_bebe (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rumah kediaman seorang pempengaruh media sosial, Nanad Bebe dipecah masuk dan mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit dalam kejadian pada awal pagi tadi di Kajang, Selangor

Nanad Bebe yang juga usahawan dan pengasas sebuah butik terkenal, turut berkongsi di akaun media sosial miliknya dengan memaklumkan kepada para pengikutnya dan orang ramai bagi membantu jika terlihat beberapa barangnya yang dicuri atau dijual semula.

"Tolong rumah nad jena pecah motor RXZ biru, LC V8 , helmet 4 biji , Arai Stella 2 biji merah hitam, Shoei 2 biji kuning, biru, emas RM300K, pencuri tahu selok belok rumah, rumah adA guard, tolong share minta posting ni semua," tulisnya di Instagram.

SAYS.com
Image via @nanad_bebe

Dalam kejadian itu, terdapat pelbagai barangan yang dicuri dan hilang antaranya ialah dua buah motosikal jenis Yamaha RXZ dengan plat pendaftaran NAN 2201 dan Yamaha 135LC (CET 9740).

Selain itu, terdapat empat buah helmet turut diambil iaitu Arai RAM3 Stella Merah Saiz M, Arai RAM3 Stella Hitam Saiz M, Shoei JStream Kuning, Shoei JForce3 Biru.

Aksesori, gajet dan emas nilai lebih RM300,000 turut hilang

Tambah Nanad Bee, kamera model Canon PowerShot G7 X Mark III, jam tangan G-SHOCK, cermin mata Oakley, DJI Osmo Pocket 3 juga dicuri.

"Korang doakan Nanad, semoga Allah makbulkan doa Nanad, Nanad nak barang Nanad balik, tolong pulangkan aku berniaga, atas usaha yang keras & halal, aku nak barang aku.

"Aku bertadah tangan, aku sebut nama kau, aku akan doakan kau seumur hidup ditimba benca malapetaka," tulisnya di Instagram Story.

SAYS.com
Image via @nanad_bebe (Instagram)

Dalam pada itu, Nanad Bebe turut meminta tolong orang ramai tampil menyalurkan maklumat sekiranya terlihat motosikal berkenaan dan barangan lain di mana-mana lokasi.

Setakat artikel ini ditulis, difahamkan belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

Lihat posting Nanad Bebe berhubung kejadian tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik