“Rumah Atau Tong Sampah?” – Pemilik Tak Percaya Kena Berdepan Dengan ‘Penyewa Dari Neraka’ Sendiri

Niat asal nak jual rumah, tapi bila buka pintu…

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nana_sarina (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan menyewa rumah pada zaman sekarang lebih murah daripada membeli rumah sendiri

Banyak kos dan perbelanjaan yang perlu dipertimbangkan. Namun, bagi pemilik rumah sewa, ia adalah satu cabaran untuk mereka mencari penyewa yang berdisplin.

Hal ini kerana bukan semua penyewa mampu menjadi berdisplin dan lebih bertanggungjawab untuk menjaga rumah yang mereka sewa.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu berkongsi keadaan rumah kakak iparnya yang disewakan kepada orang lain menjadi 'mimpi ngeri'.

SAYS.com
Image via @nana_sarina (Threads)

Terkejut tengok keadaan rumah, tak sangka jadi macam itu

Menerusi perkongsian di Threads @nana_sarina, seorang wanita berkongsi kisah mengejutkan tentang apa yang berlaku pada rumah sewanya yang sudah lebih 10 tahun disewakan.

Tujuannya hanya satu iaitu mahu singgah sekejap dan tengok keadaan rumah sebelum buat urusan jual beli.

Tapi sebaik saja dia melangkah masuk, terus tergamam.

Rumah yang dulunya elok dijaga, kini berubah seperti tempat pelupusan sampah.

SAYS.com
Image via @nana_sarina (Threads)
SAYS.com
Image via @nana_sarina (Threads)

Sampah bertimbun di setiap sudut dapur, ruang tamu, bilik tidur. Malah, bau busuk pun masih melekat walaupun tingkap dah dibuka luas.

Difahamkan, sewa yang dikenakan pun jauh lebih murah dari pasaran. Tapi demi membantu orang, kakak iparnya tak pernah naikkan harga.

Malangnya, balasannya jauh dari apa yang diharapkan. Keadaan rumah sangat menyedihkan, seolah-olah langsung tak dijaga.

"Terkejut SIL (Sister in law) masuk dalam rumah, rumah dia macam tempat pengumpulan sampah. Penyewa dari neraka itu benar. Udah la sewa murah. Dibuatnya rumah SIL macam tu, habis duit pula tuan rumah kena sewa roro," tulisnya.

Lepas ini tuan rumah kena buat pemeriksaan boleh elakkan kerugian lebih besar di kemudian hari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik