Ruang Udara KLIA Kini Ditutup Dari 26 Hingga 31 Ogos Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Yang nak travel hujung bulan ini jangan lupa check jadual penerbangan anda ya!
Cover image via UtusanFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-68, ruang udara di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditutup dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari bermula 26 Ogos (Selasa) hingga 31 Ogos (Ahad)
Menerusi kenyataan rasmi Malaysia Airlines, penutupan itu akan menyebabkan beberapa jadual penerbangan mereka yang berlepas dan tiba pada tempoh tersebut diubah.
Syarikat penerbangan tersebut juga telah mengeluarkan jadual baharu bagi memudahkan para penumpang.

Malaysia Airlines nasihatkan penumpang tiba awal
Bagi memastikan perjalanan lancar, penumpang dinasihatkan tiba di lapangan terbang lebih awal daripada biasa.
"Penumpang yang berlepas dari KLIA disarankan hadir ke lapangan terbang empat (4) jam lebih awal daripada jadual penerbangan baharu bagi memastikan cukup masa untuk proses daftar masuk dan pemeriksaan dokumen di pelbagai titik kawalan," katanya.
Selain Malaysia Airlines, penutupan ruang udara juga mungkin menjejaskan penerbangan syarikat lain. Jadi, sesiapa yang akan terbang dari KLIA pada tempoh berkenaan dinasihatkan untuk menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Lihat kenyataan penuh di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



