Rockstar Games Realisasikan Hasrat Terakhir Peminat Hidap Kanser Untuk Cuba GTA 6 Sebelum Pergi

Difahamkan, GTA 6 bakal dilancarkan November tahun ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Rockstar Games & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak berdekad lamanya, siri Grand Theft Auto (GTA) terbitan Rockstar Games telah melonjak bukan sekadar sebagai sebuah permainan video, malah sebagai satu fenomena budaya global yang tiada tandingannya

Kini, tumpuan seluruh dunia terarah sepenuhnya kepada kemunculan GTA 6 yang kian menghampiri.

Penantian peminat telah mencapai tahap kemuncak setelah Rockstar Games secara rasmi mengesahkan pembangunannya, mencetuskan keterujaan yang luar biasa di platform media sosial dan komuniti gaming.

Namun, Rockstar Games sekali lagi menjadi tumpuan dunia melalui satu kisah yang cukup menyentuh hati pada minggu ini apabila seorang peminat tegar GTA 6 yang menghidap penyakit kanser dilaporkan mungkin telah diberi peluang istimewa untuk mencuba permainan tersebut lebih awal.

SAYS.com
Image via Kyiv24

Peminat dengan baki hayat beberapa bulan mungkin berpeluang bermain GTA 6 lebih awal

Menerusi laporan daripada Insider Gaming, seorang pembangun dari Ubisoft Toronto telah memuat naik satu hantaran yang penuh emosi dan menyentuh hati di LinkedIn.

Pembangun tersebut, Anthony Armstrong, mendedahkan bahawa seorang ahli keluarganya telah bertarung dengan kanser 'selama bertahun-tahun' dan baru sahaja menerima berita yang tidak mahu didengar oleh sesiapa pun.

Malah, dia perlu berdepan kenyataan pahit bahawa tempoh hayatnya yang berbaki beberapa bulan sahaja mungkin menyebabkannya tidak sempat untuk bermain Grand Theft Auto 6 selepas bertahun-tahun menanti.

Walau bagaimanapun, Armstrong baru-baru ini mengesahkan bahawa beliau akhirnya berjaya mengadakan perbincangan dengan pihak Rockstar Games dan telah menerima 'berita gembira' sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada pembangun permainan tersebut.

SAYS.com
Image via Rockstar Games

Hantaran di laman LinkedIn milik Anthony Armstrong itu kemudiannya dipadamkan selepas beberapa pelarasan terakhir dilakukan bagi memaklumkan perkembangan terkini situasi berkenaan kepada pengikutnya.

Pemadaman hantaran tersebut mencetuskan teori bahawa terdapat syarat undang-undang tertentu, memandangkan kandungannya seolah-olah mengesahkan peluang mencuba GTA 6 lebih awal.

"Sebab saya menghubungi anda adalah kerana [Cole] merupakan peminat tegar [Grand Theft Auto] dan … dia mungkin tidak akan ada cukup lama untuk melihat pelancaran GTA 6, senario terbaik pun dia akan meninggalkan kita pada bulan yang sama ia dilancarkan.

"Dia kini tinggal hanya sangat dekat dengan studio Oakville [milik Rockstar], jadi menjadi harapan saya agar salah seorang daripada anda dapat mengaturkan sesi ujian permainan eksklusif supaya dia berpeluang merasai pengalaman permainan tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir," tulis Armstrong dalam satu hantaran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik