RM500,000 Diperlukan Untuk Bawa Pulang Jemaah Haji Asmah Mansor Yang Masih Dirawat Di Makkah

Asmah disahkan menghidap pneumonia dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Makkah sejak tiga bulan lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira dianggarkan sekitar RM500,000 diperlukan untuk membawa pulang jemaah haji, Asmah Mansor, 71, yang masih menerima rawatan di Saudi German Hospital, Makkah sejak 13 September lalu

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, memaklumkan bahawa setakat ini, hampir RM10,000 telah dikumpulkan melalui akaun khas yang dibuka di bawah Tabung Musa'adah JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia.

"Alhamdulillah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat yang begitu cepat menyahut jemputan saya untuk membantunya,"
katanya.

Kos tinggi berpunca daripada keperluan penggunaan ventilator berterusan, termasuk semasa penerbangan pulang ke Malaysia

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Asmah disahkan menghidap pneumonia dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Makkah sejak tiga bulan lalu.

Kos tinggi bagi membawa pulang beliau disebabkan keperluan penggunaan alat ventilator secara berterusan, termasuk sepanjang penerbangan ke Malaysia.

Langkah ini amat penting bagi memastikan keadaan pesakit kekal stabil sepanjang perjalanan dari Makkah ke tanah air.

SAYS.com
Image via Dato' Setia Dr. Naim (Facebook)

Mohd Na'im menjelaskan, menurut maklumat daripada doktor pakar di Arab Saudi serta pegawai perubatan Tabung Haji, kos keseluruhan untuk membawa pulang jemaah berkenaan dianggarkan sekitar RM500,000.

Beliau turut menyatakan simpati terhadap keadaan Asmah yang hampir empat bulan berada di tanah suci dan kini masih dalam proses pemulihan selepas keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Saya sendiri pernah bertemu dengan Hajah Asmah. Suaranya perlahan kerana masih lemah dan dia sempat berkata kepada saya, 'Datuk, boleh tak bawa makcik balik ke tanah air?'.

"Kata-kata itu amat menyentuh hati saya dan sebab itulah saya mengajak semua pihak untuk sama-sama membantu membawa dia pulang," jelasnya.

Selain itu, Asmah terus menerima perhatian dan sokongan daripada warga kerja Tabung Haji yang menziarahinya secara berkala walaupun berada jauh di negara orang.

Mohd Na'im menambah, sumbangan bagi membantu membawa pulang jemaah tersebut boleh disalurkan ke Tabung Musa'adah JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia melalui akaun CIMB Islamic 86-0221818-6. Orang ramai digalakkan menggunakan nama Hajjah Asmah Binti Mansor sebagai rujukan bagi setiap sumbangan.

SAYS.com
Image via Dato' Setia Dr. Naim (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: