RM5.28 Juta Tak Terbayar, Jovian Mandagie Kini Diisytihar Muflis

Rayuan Jovian akan didengar pada 15 September ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Indotelko & Tatler Asia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) semalam

Ia selepas beliau didapati gagal membayar semula pinjaman persahabatan (friendly loan) berjumlah RM5.28 juta yang diperolehnya daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan.

Menerusi laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli, selepas membenarkan petisyen pemiutang yang difailkan oleh Cekap Air Sdn Bhd pada 20 November tahun lalu.

Dalam petisyen tersebut, Jovian Mandagie yang juga bekas menantu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disenaraikan sebagai penghutang penghakiman.

Beliau didakwa telah melakukan perbuatan kebankrapan dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh petisyen difailkan, apabila gagal mematuhi Notis Kebankrapan yang dikeluarkan pada 21 Mei tahun lalu.

SAYS.com
Image via Free Malaysia Today

Jovian didakwa gagal membayar semula pinjaman persahabatan berjumlah RM5 juta

Menurut dokumen mahkamah, Jovian berhutang sebanyak RM5,284,340.66 kepada Cekap Air Sdn Bhd, termasuk faedah terkini sehingga 21 Mei tahun lalu. Jumlah tersebut adalah berdasarkan penghakiman terus yang diperoleh Mahkamah Tinggi pada 2 April 2023 menerusi saman utama yang difailkan syarikat berkenaan.

Peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad, yang mewakili Cekap Air, menjelaskan bahawa Notis Kebankrapan telah difailkan selepas Jovian gagal mematuhi perintah bayaran seperti yang diarahkan oleh mahkamah dalam penghakiman tersebut.

Untuk makluman, penghakiman terus merujuk kepada keputusan yang diperoleh oleh plaintif tanpa perlu melalui proses perbicaraan penuh, biasanya apabila mahkamah mendapati tiada isu yang memerlukan dibicarakan.

SAYS.com
Image via Hype Malaysia

Selepas diberi kebenaran untuk mengemukakan Notis Kebankrapan, pihak Cekap Air seterusnya memfailkan Petisyen Pemiutang, yang akhirnya dibenarkan oleh mahkamah pada prosiding pada Rabu.

"Jovian ada memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen berkenaan, tetapi semuanya ditolak oleh mahkamah," katanya.

Pada 2 April tahun lalu, Jovian diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM5 juta kepada Cekap Air selepas membenarkan penghakiman terus yang dimohon syarikat itu.

Kemudian pada 16 Mei 2023, syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Jovian kerana didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, syarikat terbabit mendakwa Jovian adalah kenalan kepada pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei.

Cekap Air mendakwa ia meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan pereka fesyen itu pada 25 Februari 2022, dan memindahkan wang berkenaan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian.

Menurutnya, firma guaman terbabit mengesahkan penerimaan wang itu atas arahan defendan.

Rayuan Jovian terhadap penghakiman terus melalui saman utama akan didengar pada 15 September ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: