RM3 Bagi Seekor Tikus Termasuk Bangkai, Kaunter Pembelian Tikus MPAJ Kini Dibuka
Langkah ini diharapkan dapat membantu mengurangkan risiko penularan penyakit serta masalah kebersihan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usaha membanteras masalah tikus di kawasan perbandaran kini tampil dengan pendekatan berbeza apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengumumkan tawaran pembelian tikus pada harga RM3 seekor sempena Kempen Membasmi Tikus MPAJ 2026
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan mengawal populasi tikus, malah menggalakkan penglibatan komuniti dalam memastikan persekitaran lebih bersih dan selamat.
Menerusi kempen tersebut, MPAJ akan membuka Kaunter Pembelian Tikus selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Februari 2026, dari Sabtu hingga Jumaat.
Kaunter berkenaan akan beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan bertempat di Pasar Pandan Jaya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Alo DokterSemua tikus yang dihantar akan dibeli pada kadar RM3 bagi setiap ekor
Menurut kenyataan MPAJ, semua tikus yang dihantar sama ada dalam keadaan hidup atau bangkai layak dibeli pada kadar RM3 bagi setiap ekor.
Langkah ini diharapkan dapat membantu mengurangkan risiko penularan penyakit serta masalah kebersihan yang sering dikaitkan dengan pembiakan tikus di kawasan tumpuan awam.
"Semua tikus yang dihantar (tikus hidup atau bangkai tikus) akan dibayar pada kadar RM3 per ekor," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung kempen ini boleh menghubungi Puan Rosniza binti Che Harun atau Encik Mohd Faridz bin Mokhtar di talian 03-4285 7007.
MPAJ turut mengajak penduduk setempat untuk bersama-sama menjayakan Kempen Membasmi Tikus MPAJ 2026 sebagai usaha kolektif menjaga kebersihan, kesihatan awam dan kesejahteraan komuniti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 