“Mereka Telah Bergelar Anak Angkat Saya Selama Ni” – Luahan Sedih Dato’ Rizalman
"Saya merasa amat-amat terkesan akibat kejadian ini"
Cover image via Instagram @rizalman71Kami percaya seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan tragedi menyayat hati yang berlaku di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi semalam
Turut merasai kehilangan anak-anak syurga tersebut adalah Dato' Rizalman Ibrahim yang berkongsi luahan hatinya di laman Instagram. Melalui *post* tersebut, Rizalman memberitahu dia sungguh berasa terkesan dengan kejadian malang tersebut kerana ada di antara mangsa itu adalah merupakan rakan kepada anaknya dan juga anak angkat kepadanya.
Baca luahan hati beliau di bawah:


