Rider Nyaris Jadi Mangsa, Bumbung Hotel Majestic Kuala Lumpur Runtuh Secara Mengejut

Nasib baik tak ada sesiapa yang cedera.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penghantar makanan GrabFood berdepan detik cemas apabila bumbung di bahagian main entrance Hotel Majestic Kuala Lumpur tiba-tiba runtuh ketika dia sedang menghantar pesanan ke hotel berkenaan

Menurut perkongsian di laman Threads, rider tersebut berkata kejadian berlaku sebaik sahaja dia tiba di simpang menuju ke lobi hotel.

"Gilo wei, ngam-ngam aku sampai hotel Majestic. Bumbung main entrance dia runtuh. Mengucap panjang aku tadi.

"Nasib baik pekerja situ takde apa-apa. Cuma tertanya lah, macam mana bumbung hotel gah gitu boleh jatuh? Agak terkesima dibuatnya,"
katanya.

Insiden itu difahamkan tidak melibatkan sebarang kecederaan serius, namun menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan struktur bangunan bersejarah itu yang merupakan antara hotel ikonik di Kuala Lumpur

Setakat ini, pihak Hotel Majestic masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca kejadian. Namun, gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan sebahagian struktur bumbung di pintu masuk utama runtuh dan menimpa kawasan laluan hadapan.

Dalam pada itu, ramai pengguna media sosial turut meluahkan rasa terkejut dengan kejadian itu, memandangkan Hotel Majestic dikenali sebagai bangunan warisan dengan nilai sejarah yang tinggi, selain sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Lihat ciapan di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via