Ribuan Rakyat Malaysia Sertai Himpunan Sumud Flotilla, ‘Serbu’ Kedutaan Amerika Syarikat
Himpunan itu diadakan bagi tanda protes ke atas sekatan misi Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Laungan takbir 'Allahuakbar' dan 'hancur Israel' oleh ribuan rakyat Malaysia bergema dalam Himpunan Sumud Flotilla #Stand4Sumud di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai tanda protes ke atas sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) hari ini
Menerusi laporan Sinar Harian, kumpulan orang ramai terdiri daripada pelbagai lapisan umur mula berkumpul jam 3 petang.
Tinjauan mendapati rata-rata peserta membawa plakad dan paparan gambar rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi GSF.
Malah ada yang menzahirkan rasa sebak selepas insiden yang menimpa misi GSF serta nasib rakyat Palestin yang dizalimi zionis Israel.
Peserta mula melaungkan 'Hidup Palestin', 'Hancur Zionis' sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kira-kira jam 4 petang.

Pihak penganjur mengingatkan peserta dan orang ramai untuk tidak membuat sebarang provokasi
Difahamkan, pihak polis yang menyekat laluan akan membenarkan peserta untuk meneruskan berarak ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, seramai 15 rakyat Malaysia yang menyertai Sumud Flotilla dipercayai telah ditahan tentera Israel manakala dua lagi terputus hubungan.
Untuk rekod, seramai 201 aktivis kemanusiaan dari 36 buah negara, termasuk 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu insiden tegang di perairan antarabangsa, awal pagi Khamis.
Penahanan berskala besar itu disahkan aktivis kemanusiaan Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri.

Tonton video Himpunan Sumud Flotilla di bawah:
Himpunan Sumud Flotilla ✊🏻🇵🇸 pic.twitter.com/LyjtArdj2t
— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) October 2, 2025
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 