REV Media Group Sahkan Pemerolehan Penuh The Vocket, Kukuhkan Pasaran Media Bahasa Melayu

Penjajaran strategik ini akan memperkukuh kedudukan REV Media Group sebagai rakan kongsi utama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via REV Media Group
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

REV Media Group Sdn Bhd ("REV Media Group" atau "REV"), penerbit digital nombor satu di Malaysia, hari ini mengumumkan penyempurnaan pemerolehan penuh terhadap The Vocket Sdn Bhd ("Vocket")

Untuk pengetahuan anda Vocket adalah salah satu platform gaya hidup dan budaya paling berpengaruh di negara ini.

Sebelum ini, REV Media Group memegang 52% kepentingan majoriti dalam Vocket.

Menerusi transaksi terbaharu ini, syarikat tersebut kini secara rasmi memiliki baki 48% pegangan saham, sekali gus menjadikan Vocket sebagai jenama milik penuh di bawah rangkaian portfolionya.

SAYS.com
Image via REV Media Group

Pemerolehan ini dijangka mengukuhkan lagi kedudukan REV Media Group sebagai peneraju pasaran digital tempatan, khususnya dalam ekosistem digital berbahasa Melayu.

Sejak 2024 hingga kini, Vocket mencatat pertumbuhan ketara dengan 1.4 juta pembaca unik, 68.5 juta paparan halaman bulanan, serta lebih 758,000 pengikut di pelbagai platform media sosial.

Ini menegaskan peranannya sebagai hab utama untuk peminat bola sepak, penggemar hobi, serta golongan muda Malaysia yang meminati dunia perjalanan, kewangan dan gaya hidup.

Majoriti audiensnya terdiri daripada lelaki (57%), dengan tumpuan kuat dalam kalangan milenial berusia 25–34 tahun (41%) dan 35–44 tahun (34%), mencerminkan generasi digital-first Malaysia yang semakin matang dan berpengaruh.

REV Media Group berjanji membuka peluang baharu melalui pengiklanan silang platform, penargetan audiens lebih tepat dan laluan monetisasi inovatif

"Pemerolehan penuh Vocket menegaskan komitmen REV Media Group untuk memperluas skala operasi, memacu inovasi, dan mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami dalam landskap media digital Malaysia yang dinamik," tegas Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group.

"Vocket telah menunjukkan pengaruh yang signifikan di kalangan generasi milenial dan Gen Z. Dengan pemilikan penuh, kami bersedia mempercepat pertumbuhannya secara eksponen, sekaligus menetapkan penanda aras baru dalam penerbitan dan kandungan digital untuk memperluas capaian pasaran di seluruh negara."

"Pencapaian ini amat bermakna bagi Vocket,"
kongsi Mohd Fazreen Jasni, pengasas The Vocket.

"Diasaskan 11 tahun lalu daripada minat mendalam terhadap perkongsian kandungan, pemerolehan ini menandakan permulaan bab baharu. Sebagai 'Viral di Dalam Poket Anda,' misi kami adalah menyampaikan idea segar dan berani yang dapat menghubungkan pembaca merentasi pelbagai latar belakang.

"Kini, Vocket berada pada kedudukan yang lebih kukuh untuk berkembang, bukan sahaja meneruskan babak seterusnya tetapi juga memulakan perbualan digital yang lebih berani di Malaysia."

SAYS.com

(Kiri) Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group. (Kanan)Mohd Fazreen Jasny, Pengasas The Vocket.

Image via REV Media Group

Beliau turut menyatakan bahawa beliau akan mengambil langkah ke belakang untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan peribadi dan aktiviti sukan.

Integrasi Vocket ke dalam ekosistem REV Media Group dijangka membuka peluang baharu bagi pengiklanan silang platform yang dipertingkatkan, penargetan audiens yang lebih tepat dan berkesan, serta laluan monetisasi inovatif.

Penjajaran strategik ini akan memperkukuh kedudukan REV Media Group sebagai rakan kongsi utama bagi jenama yang mencari skala tanpa tandingan, relevansi budaya yang autentik, dan penglibatan audiens yang proaktif dalam pasaran Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: