Ikan Patin Di Restoran Ini Diwajibkan ‘Berpuasa’ Sebelum Dihidang Kepada Pelanggan?

Hmm… ikan pun kena puasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Umum mengetahui, setiap umat Islam diwajibkan berpuasa tatkala menjelangnya bulan Ramadan bagi memenuhi Rukun Islam yang ke-3 itu

Tetapi, pernah atau tidak anda mendengar bahawa ikan juga diwajibkan berpuasa? Ya, inilah yang berlaku di sebuah Restoran Tahfiz di Kuantan, Pahang yang mana ikan patin yang dimasak di sana diwajibkan berpuasa selama 3 hingga 5 hari terlebih dahulu.

Restoran Maahad Bahasa dan Ilmu al-Quran (MABIQ) yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan ini dilaporkan melakukan perkara tersebut adalah untuk memastikan keenakan hidangan ikan patinnya

Pengerusi Eksekutif Mabiq, Jamaluddin Abdul Jabbar memberitahu, itu antara syarat utama diberikan kepada penjual sebelum pihaknya membeli ikan patin sangkar di Paloh Hinai.

Pengerusi Eksekutif Mabiq, Jamaluddin Abdul Jabbar.

Image via www.sinarharian.com.my

Tambah beliau lagi, setiap minggu 600 kg ikan patin sangkar dibeli untuk disediakan oleh tiga tukang masak pada setiap hari

Restoran Mabiq dibuka sejak 2010 dan beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 4 petang. Bagaimanapun, ia ditutup pada setiap hari Jumaat.

Ikan patin masak gulai tempoyak.

Image via restoranmabiq.blogspot.my

Restoran tersebut menyediakan 32 jenis lauk untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan antaranya termasuklah masak gulai tempoyak dan pais.

Malah, apa yang lebih menarik lagi, setiap hidangan yang dimasak hanyalah untuk digunakan dalam tempoh satu jam sahaja dan selepas itu pihak restoran akan memasak hidangan baru

Bukan itu saja, restoran ini juga menerima kunjungan pelanggan yang bukan saja penduduk tempatan, tetapi dari negeri lain dan pelancong luar negara.

Dianggarkan lebih 150 orang mengunjungi restoran itu pada setiap hari dan bilangan tersebut meningkat terutamanya pada waktu cuti sekolah.

Jadi kalau ikan-ikan ni puasa, maknanya ikan-ikan ni sahur juga ke?

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: