Restoran Diserbu KPDN Perak, Disyaki Eksploitasi Ayat Al-Quran & Guna Logo Halal Tidak Sah

Difahamkan, premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan atau pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas disyaki menggunakan logo halal tidak sah serta mengeksploitasi kalimah 'Allah' dan ayat suci Al-Quran bagi tujuan menarik pelanggan

Menurut laporan Sinar Harian, serbuan yang dijalankan pada jam 1 petang, Rabu lalu mendapati premis berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan atau pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan turut mendapati pemilik premis menggunakan dua pekerja bukan beragama Islam sepenuhnya dalam penyediaan makanan dan minuman, termasuk tukang masak.

"Premis tersebut juga didapati menggunakan dua pekerja bukan beragama Islam sepenuhnya dalam penyediaan makanan dan minuman termasuk tukang masak," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Difahamkan, pemilik premis telah dikenakan tindakan serta ditahan bagi tujuan pengambilan keterangan untuk membantu siasatan lanjut

Dalam operasi berkenaan, pasukan penguat kuasa turut menyita beberapa barangan berkaitan termasuk set kalimah 'Allah' dan Muhammad yang diperbuat daripada kayu dan plastik, sebuah Al-Quran hiasan dinding serta salinan Lesen Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Daftar Perniagaan (SSM).

"Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM500. Siasatan dijalankan di bawah Perenggan 4, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011," katanya.

Kamalludin menegaskan bahawa KPDN memandang serius sebarang penggunaan takrif halal, ayat suci Al-Quran dan logo halal tidak sah kerana perbuatan tersebut berpotensi memperdaya serta mengelirukan pengguna, khususnya masyarakat Islam.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Beliau turut mengingatkan semua pengusaha restoran dan syarikat agar sentiasa berhati-hati serta memastikan setiap makanan, barangan dan perkhidmatan hanya menggunakan perakuan serta penandaan halal yang sah daripada pihak berwibawa.

"Penggunaan sebarang ungkapan atau representasi halal perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan," katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan kesalahan perihal halal boleh menyalurkan aduan kepada KPDN melalui aplikasi WhatsApp di 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN, talian 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: