Restoran Di Jitra Tawar Ganjaran RM30K Kepada Sesiapa Yang Beri Maklumat Kes Zara Qairina

Semoga ada keadilan buat arwah Zara Qairina!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran terkenal di Jitra, Kedah menawarkan bayaran sebanyak RM30,000 jika sesiapa memberi maklumat tentang kes arwah Zara

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tokkeramatjitra di TikTok, kelihatan pemilik restoran tersebut bersama para pekerjanya mengangkat sepanduk #JusticeForZara dan nekad ingin memberikan wang tunai tersebut kepada saksi kejadian.

"Kami menawarkan kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat hingga tertangkapnya pelaku yang membuli adik Zara Qairina hingga dijatuhkan hukum," katanya.

SAYS.com
Image via @tokkeramatjitra (TikTok)

Mereka juga melaungkan 'Justice For Zara' sebanyak tiga kali

"Wahai Adik #zaraqairina, andai kami kalah dalam memperjuangkan hak mu di dunia, maafkan kami. Sesungguhnya kami rakyat Malaysia bahkan dunia juga telah bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan menegakkan kebenaran mu.

"Kami dari Restoran Tok Keramat Jitra juga akan memberi ganjaran sebanyak RM30k kepada sesiapa yg dapat memberi maklumat tentang kes adik Zara Qairina hingga tertangkap dan dihukum. Ya Allah, jadikanlah syurga sebagai tempat beristirehat kepadanya.. Al-Fatihah,"
tulisnya.

SAYS.com
Image via @tokkeramatjitra (TikTok)

Lihat video di bawah:

@tokkeramatjitra

Wahai Adik zaraqairina, andai kami kalah dalam memperjuangkan hak mu di dunia, maafkan kami.. sesungguhnya kami rakyat Malaysia bahkan dunia juga telah bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan menegakkan kebenaran mu.. Kami dari Restoran Tok Keramat Jitra juga akan memberi ganjaran sebanyak RM30k kepada sesiapa yg dapat memberi maklumat tentang kes adik Zara Qairina hingga tertangkap dan dihukum… Ya Allah, jadikanlah syurga sebagai tempat beristirehat kepadanya.. Al-fatihah.. #JUSTICEFORZARA #ZARAQAIRINA #MALAYSIABERSUARA #mencarikebenaran

♬ original sound – TOK KERAMAT JITRA – TOK KERAMAT JITRA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via