Resorts World Genting Kini Tawar Diskaun Hingga 87%, Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’
Wow, kena grab cepat-cepat promo ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Resorts World Genting (RWG) mengumumkan pelbagai tawaran menarik termasuk diskaun sehingga 87 peratus serta promosi 'Beli 1 Percuma 1' sempena pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 3 hingga 5 April ini

Gambar sekadar hiasan.
Image via KlookMenurut laporan Sinar Harian, RWG memaklumkan bahawa tawaran eksklusif tersebut merangkumi pakej penginapan, taman tema serta pelbagai tarikan lain yang boleh ditempah untuk tempoh percutian bermula 6 April hingga 27 Ogos 2026.
Bagi kategori penginapan, antara tawaran yang disediakan termasuk bilik di First World Hotel pada harga serendah RM59 semalam. Selain itu, bilik kuad mesra keluarga di Genting SkyWorlds Hotel ditawarkan bermula RM199.
Bagi pengunjung yang mengutamakan suasana lebih tenang dan nyaman, Resorts World Awana turut menawarkan bilik bermula RM189 yang disertakan dengan kredit makanan.
Dalam pada itu, RWG juga memperluaskan tawaran ke destinasi lain termasuk Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi, dengan harga pakej bermula RM199 termasuk sarapan untuk dua orang.
Promosi taman tema 'Beli 1 Percuma 1'

RWG turut memberi tumpuan kepada peminat aktiviti taman tema menerusi promosi 'Beli 1 Percuma 1' yang ditawarkan sepanjang pameran.
Antara tawaran yang disediakan termasuk tiket ke Genting SkyWorlds bermula RM88 bagi warganegara Malaysia dan RM168 bagi bukan warganegara.
Selain itu, Pas Permainan Tanpa Had bagi taman tema tertutup Skytropolis ditawarkan pada harga RM70 untuk warganegara Malaysia dan RM90 bagi bukan warganegara melalui promosi sama.
Bagi pengunjung yang ingin menikmati akses lebih lama, Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds turut ditawarkan dengan diskaun 50 peratus pada harga RM150, membolehkan akses sepanjang tahun pada kadar yang lebih menjimatkan.
Pakej gabungan dan tarikan tambahan

Selain tiket individu, RWG turut memperkenalkan beberapa pakej gabungan bagi memberikan nilai tambah kepada pengunjung.
Antaranya termasuk pakej 'Stay and Play' pada harga RM99 yang merangkumi penginapan di First World Hotel serta dua tiket ke Genting SkyWorlds.
Pakej lain seperti Adventure Combo pula ditawarkan bermula RM78, merangkumi Pas Skytropolis bersama akses ke beberapa tarikan popular seperti Jurassic Research Centre, Eagle Zipline dan tarikan Pontianak.
Bagi pencinta alam semula jadi, tiket ke Eufloria ditawarkan bermula RM20, manakala Festival BUNGA 2026 yang akan berlangsung di Resorts World Awana dari 3 hingga 7 Jun depan boleh dinikmati dengan harga tiket serendah RM10.
Peluang menang hadiah melalui cabutan bertuah
Pengunjung yang berbelanja RM118 dan ke atas sepanjang pameran turut berpeluang menyertai cabutan bertuah 'Blind Box Challenge'.
Melalui cabutan ini, hadiah utama harian yang ditawarkan ialah telefon pintar HONOR Magic8 Pro bernilai kira-kira RM5,000.
Orang ramai boleh mendapatkan tawaran ini dengan mengunjungi Booth 1H01, Pavilion MESTI di Aras G, MITEC sepanjang tempoh pameran berlangsung.
Selain itu, tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi RWG di rwtours.com.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 