Remaja Mabuk Kencing Dalam Periuk Hotpot, Restoran Tuntut Ganti Rugi RM1.3 Juta

Aksi jijik dua remaja mabuk itu memaksa rangkaian restoran popular berkenaan membuang semua peralatan hidangan dan mensterilkan keseluruhan premis.

Enlarge text
Cover ImageCover image via South China Morning Post
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua remaja lelaki di China diarahkan membayar pampasan berjumlah 2.2 juta yuan (kira-kira RM1.3 juta) selepas merakam aksi jijik mereka kencing ke dalam periuk hidangan hotpot di sebuah restoran terkenal

Menurut laporan South China Morning Post, tindakan tidak bermoral itu turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial sebagai 'gurauan'.

Namun, akibatnya besar apabila restoran terbabit, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian popular Haidilao, terpaksa memulangkan bayaran lebih 4,000 pelanggan yang telah menjamu selera di premis berkenaan.

Insiden memalukan itu berlaku pada 24 Februari lalu apabila dua remaja berusia 17 tahun, masing-masing berusia Tang dan Wu, sedang menikmati hidangan di sebuah bilik persendirian di salah sebuah cawangan restoran rangkaian berkenaan di Shanghai.

Dalam keadaan mabuk, kedua-duanya bertindak melampau dengan memanjat meja makan sebelum kencing ke dalam periuk hotpot, sementara seorang daripada mereka merakam perbuatan jijik itu dalam bentuk video.

Wu kemudiannya memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial sehingga tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya berhubung isu keselamatan makanan.

SAYS.com

Dua remaja yang berada dalam keadaan mabuk itu memanjat meja sebelum melepaskan kencing mereka ke dalam periuk hotpot.

Image via South China Morning Post

Susulan kejadian itu, kedua-dua remaja terlibat dikenakan tahanan pentadbiran

Bagi menenangkan pelanggan serta memulihkan reputasi, pihak cawangan Haidilao tampil membuat permohonan maaf di media sosial pada 12 Mac, dengan memberi jaminan bahawa semua peralatan hidangan di restoran berkenaan telah dimusnahkan dan diganti baharu, selain premis turut menjalani proses nyahkuman sepenuhnya.

Haidilao turut mengumumkan bayaran balik sepenuhnya kepada semua pelanggan serta menawarkan pampasan tunai bersamaan 10 kali ganda jumlah pesanan kepada 4,109 pelanggan yang menjamu selera dalam tempoh terjejas itu.

Pada 14 Mac, pihak restoran memfailkan saman sivil terhadap Tang, Wu dan ibu bapa mereka, menuntut ganti rugi berjumlah lebih 23 juta yuan (RM13.5 juta) meliputi kerosakan harta, kerugian operasi dan reputasi.

Akhirnya, pada 12 September, Mahkamah Rakyat Daerah Huangpu, Shanghai memutuskan bahawa Tang, Wu dan ibu bapa masing-masing perlu membayar pampasan berjumlah 2.2 juta yuan kepada Haidilao.

SAYS.com

Insiden mengejutkan itu berlaku di dalam bilik makan peribadi sebuah restoran Haidilao.

Image via South China Morning Post

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik