Remaja India Bertemu Semula Pengasuh Melayu Yang Membesarkannya Selepas 9 Tahun

Amuthadewi memuji ketelitian Rosidah yang menjaga anaknya dengan baik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira sembilan tahun lalu, Rosidah Yang Abdul Rani pada mulanya merasa teragak-agak untuk mengasuh kanak-kanak daripada kaum lain kerana bimbang dengan perbezaan budaya serta agama

Namun, memetik laporan Bernama, perasaan sangsi itu hilang demi niat membantu S Amuthadewi, 47, yang begitu yakin menyerahkan anaknya, N Daneesha Pillai, untuk dijaga sejak bayi itu berusia enam bulan lagi.

Rosidah yang mesra dipanggil Kak Sidah mengakui bahawa perbezaan latar belakang bukanlah satu halangan besar.

Bermula dari tahun 2012 sehinggalah Daneesha mencecah usia lima tahun, beliau mengasuh kanak-kanak tersebut dengan bayaran RM250 sebulan bagi memudahkan Amuthadewi keluar mencari rezeki.

"Daneesha yang kini berusia 14 tahun mengganggap saya sebagai ibu keduanya, malah saya juga menggangapnya sebagai anak sendiri kerana telah menjaganya sejak kecil,"
katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Letak kepercayaan, keikhlasan, dan nilai kebersamaan apabila menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh Rosidah

Menceritakan semula detik pertemuan mereka pada 2012, Rosida menjelaskan bahawa Amuthadewi datang bertanya tentang perkhidmatan asuhan yang ditawarkannya.

Pada ketika itu, beliau memang mengambil upah mengasuh bagi membantu menambah pendapatan keluarganya.

"Sewaktu Dewi (ibu Deenasha) bertanyakan tentang penjagaan anaknya, saya tidak berfikir panjang pun dan terus terima mungkin pada ketika itu hati dah terdetik untuk membantu tanpa memikirkan sebab atau akibat lain.

"Selepas itu, saya maklumkan boleh hantar setiap hari kecuali hari minggu. Bagi saya, pada masa itu tiada rasa perbezaan bangsa langsung dan tidak menjadi pertimbangan utama kerana niat membantu Dewi lebih diutamakan," katanya.

Amuthadewi menegaskan bahawa keputusannya menyerahkan anak kepada Rosidah pada 2012 didasari kepercayaan dan keikhlasan yang tinggi, tanpa membiarkan perbezaan kaum mahupun agama menjadi penghalang.

"Selepas enam bulan melahirkan Deenasha, saya mula bekerja serta memerlukan pengasuh untuk menjaga anak saya. Ketika itulah saya mencari pengasuh di sekitar kawasan tempat tinggal dan menemui jalan buntu sebelum seorang jiran mencadangkan Kak Sidah.

"Ketika itu Kak Sidah sudah menjaga beberapa orang kanak-kanak dan sewaktu bertemunya dan bertanya adakah dia mahu menjaga anak saya, tanpa berfikir panjang sama ada anak saya ini berbangsa lain, macam mana nak uruskan nanti…Kak Sidah terus terima dengan bayaran hanya RM250 sebulan," katanya.

Amuthadewi memuji ketelitian Rosidah yang bukan sahaja menjaga anaknya dengan baik, malah sangat menghormati kebajikan, keselamatan, serta sensitiviti agama Deenasha sepanjang tempoh asuhan.

"Kalau demam atau tak mahu makan, dia akan terus telefon, serta sanggup guna duit sendiri untuk beli ubat. Sepanjang di bawah jagaan Kak Sidah saya tidak pernah rasa gelisah apabila meninggalkan anak untuk bekerja,"
katanya.

Hubungan mereka menjadi semakin akrab apabila Rosidah menjadi penyokong emosi utama buat Amuthadewi ketika beliau berdepan fasa sukar dalam hidup, termasuk penceraiannya pada tahun 2016.

"Waktu saya ulang-alik ke balai polis dan mahkamah, dia tak pernah merungut walaupun saya ambil lewat malah dia sentiasa beri semangat kepada saya,"
katanya.

Terbaru, selepas sembilan tahun berlalu, pertemuan semula antara Amuthadewi, Daneesha, dan Rosidah di kediaman wanita itu baru-baru ini berlangsung dalam suasana yang cukup hiba dan menggembirakan.

"Bila jumpa semula, anak saya terus menitiskan air mata dan paling penting walaupun hampir sembilan tahun berpisah, Deenasha masih ingat 'ibu' yang menjaganya dahulu dan pada masa sama Kak Sidah juga tidak menyangka jasa dan kasih sayangnya masih diingati anak saya," kata Amuthadewi.

Rosidah berasa amat terharu kerana tidak menyangka Daneesha masih mengingatinya, malah sanggup datang jauh dari Selangor bersama ibunya beberapa kali semata-mata untuk menemuinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest