Remaja Genius Malaysia Kuasai Dunia Teknikal, Muhammad Khawarizmi Pasang Impian Ke Jerman

Bapanya berkata, minat anaknya itu dikesan secara jelas ketika Muhammad Khawarizmi berusia 10 tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejayaan demi kejayaan yang dicatat oleh pelapis muda tempatan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai gedung bakat berpotensi tinggi di peringkat global

Keupayaan mereka bersaing di pentas antarabangsa bergantung sepenuhnya kepada ruang dan bimbingan yang sewajarnya daripada pelbagai pihak.

Selain nama-nama besar seperti saintis astronomi, Prof. Madya Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar dan genius matematik muda, Izz Imil Shahrom, perhatian dunia kini tertumpu kepada Muhammad Khawarizmi Muhamad Kamalrul Zaman.

Pada usia 16 tahun, dia muncul sebagai permata baharu dalam bidang pengaturcaraan dan kejuruteraan moden.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Pada usia 12 tahun sudah menguasai pengekodan menggunakan platform Visual Studio

Memetik laporan Harian Metro, bapanya, Muhamad Kamalrul Zaman, 41, mendedahkan bahawa kecenderungan mendalam anaknya itu mula terserlah sejak Muhammad Khawarizmi baru berusia 10 tahun lagi.

"Minat mendalam anak sulung saya terhadap perkara teknikal bukan sekadar teori, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan dan inisiatif sendiri.

"Antara detik yang membuka mata ialah ketika dia (Muhammad Khawarizmi) menghadiri bengkel 'Keterujaan STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Melalui Model Rocketry dan 3D Printing.

"Saya melihat anak sulung saya ini secara sukarela membantu peserta lain terdiri daripada pelajar sekolah menengah memahami penggunaan perisian 'Autodesk Fusion 360' walaupun ketika itu usianya jauh lebih muda daripada peserta lain," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Tambahnya, pada usia 12 tahun, anaknya mula belajar pengekodan secara serius menggunakan 'Visual Studio' dengan bahasa pengaturcaraan.

"Dia melakukan eksperimen dengan mesin maya dan mencuba pelbagai sistem operasi Windows yang pernah wujud.

"Pada usia yang sama, dia juga mempelajari bahasa C dan C++ (bahasa pengaturcaraan komputer).

"Lebih membanggakan, Muhammad Khawarizmi turut berjaya membangunkan projek Mesin Pemampat Bahan Api Pepejal bagi menghasilkan bahan api pepejal roket secara konsisten," katanya.

Projek pertama beliau yang menyepadukan elemen mesin dan perisian dilaporkan masih beroperasi hingga kini.

Mengulas perkembangan terbaru, Muhammad Khawarizmi kini terlibat aktif sebagai pengaturcara bagi projek keselamatan strategik bersama sebuah syarikat swasta tempatan.

Projek yang bermula tahun lalu itu disifatkan sangat mencabar, namun butirannya tidak didedahkan atas dasar kerahsiaan. Beliau turut menyimpan aspirasi untuk mendalami bidang teknologi pertahanan dan bercita-cita menyambung pengajian di Jerman.

"Sekiranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat menawarkan peluang tertentu dengan meletakkan Muhammad Khawarizmi dalam persekitaran yang mampu mengupayakan lagi kemahirannya, saya sebagai bapa akan menyokong sepenuhnya," katanya.

Meskipun berdepan cabaran teknikal dan kos eksperimen yang tinggi, beliau berharap kisah Muhammad Khawarizmi menjadi inspirasi untuk anak muda lain meneroka minat bermanfaat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: